11 PERLAWANAN AKHIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Barcelona membuktikan status mereka sebagai pasukan bolasepak terhebat didunia pada ketika ini apabila menewaskan Manchester United dengan penuh bergaya dalam final Champions League awal pagi semalam. Permainan bertaraf world class yang dipamerkan oleh Barcelona terutamanya Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi sangat menghiburkan peminat dan menyajikan antara aksi final terbaik Piala Eropah.
Ironinya, aksi menarik final ini mengingatkan kembali kepada final edisi 1994, apabila Barcelona yang turut dibarisi oleh Pep Guardiola, dibelasah 0-4 oleh AC Milan dalam antara satu persembahan yang menakjubkan didalam sejarah final Piala Eropah.
Andimazlan.com dengan kolarasi Soccernet dan Youtube mempersembahkan kepada anda 11 Perlawanan Akhir Piala Eropah Terbaik Sepanjang Zaman.
REAL MADRID 7-3 EINTRACHT FRANKFURT (1960)

(Di Stéfano 27 30 73, Puskás 46 56p 60 71 ; Kress 18, Stein 72 75)
Tarikh: 18 May 1960
Stadium: Hampden Park, Glasgow
[VIDEO]
Perlawanan akhir 1960 ini adalah final yang kelima untuk European Cup dan Real Madrid adalah kelab yang mendominasi kejohanan Eropah pada ketika itu. Perlawanan akhir antara Real Madrid dan Eintracht Frankfurt ini dikatakan antara perlawanan bolasepak yang paling hebat pernah disaksikan. Di Stefano menjaring hat-trick manakala Puskás menyumbat 4 gol (setakat ini hanya Puskás sahaja berjaya melakukannya) untuk Real Madrid menang 7-3 dihadapan 135,00 penyokong yang diadakan di Stadium Hampden Park, Glasgow.
Eintracht Frankfurt layak ke final setelah menewaskan juara Scotland, Rangers dengan aggregate 12-4, manakala Real Madrid layak setelah menewaskan Barcelona dengan aggregate 6-2.
Puskás dan Di Stefano adalah dua daripada hanya tiga pemain yang pernah menjaringkan hat-trick dalam European Cup atau Champions League Final, seorang lagi ialah Pierino Prati pemain A.C. Milan ketika menumpaskan AFC Ajax 4-1 pada final 1969.
BENFICA 5-3 REAL MADRID (1962)

(José Águas 25, Cavém 33, Mário Coluna 50, Eusébio 64 69; Puskás 18 23 39)
Tarikh: 2 May 1962
Stadium: Olympisch Stadion, Amsterdam
[VIDEO]
Setahun sebelum itu, Benfica telah menamatkan penguasaan 5 tahun Real Madrid dalam arena kejohanan Eropah dengan mengalahkan musuh ketat mereka, Barcelona (3-2) pada final 1961. Real kembali pada 1962 berazam untuk merampas kembali piala tersebut, namun ketika Puskás dan Di Stefano diramal menerbitkan kilau permata mereka pada malam tersebut, ‘mutiara hitam’ Benfica yang lebih menyerlah pada malam itu.
Walaupun Puskásmeledak hat-trick, Eusebio yang ketika itu masih berumur 20 tahun mencuri tumpuan apabila membantu Benfica bangkit dari ketinggalan 2-0 dan 3-2 untuk menang bergaya 5-3. Eusebio menjaring kedua-dua gol penting tersebut – pertama melalui penalti, kedua menerusi rembatan jarak 25 kaki. Lagenda baru bola sepak telah lahir pada malam itu.
CELTIC 2-1 INTER MILAN (1967)

(Gemmell 63, Chalmers 84; Mazzola 7p)
Tarikh: 25 May 1967
Stadium: Estádio Nacional, Lisbon
[VIDEO]
Sebagai sebuah pasukan yang paling digeruni pada masa itu, Inter Milan amat cemerlang tetapi kurang disenangi peminat bolasepak dengan taktik ganas Catenaccio yang dipraktikkan oleh Helenio Herrera untuk menawan piala Eropah pada 1964 dan 1965 berturut-turut. Memasuki perlawanan akhir 1967 sebagai pasukan pilihan, Le Grande Inter (Inter dikenali dengan nama ini pada masa itu) diramal untuk menambah kejuaraan ketiga mereka dengan membelasah pasukan underdog Celtic.
Namun apa yang diramal tidak menjadi kenyataan apabila anak buah Jock Stein menampilkan permainan menyerang mengejutkan Inter Milan yang mengamalkan corak bertahan dan counter-attack – dan menyaksikan salah satu kejutan terbesar didalam sejarah bolasepak Eropah. Dengan jaringan terikat 1-1, Stevie Chalmers menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 untuk meletakkan ‘Lisbon Lions‘ – nama jolokan yang diberikan kepada mereka kerana persembahan berani yang ditonjolkan – sebagai pasukan British yang pertama untuk menjulang trofi piala Eropah.
FEYENOORD 2-1 CELTIC (1970)

(Israel 31, Kindvall 117; Gemmell 29)
Tarikh: 6 May 1960
Stadium: San Siro, Milan
[VIDEO]
Walaupun ketika itu, Ajax yang telah mengkagumkan peminat bolasepak dan mendominasi kejohanan Eropah dengan Total Football, Feyenoord yang akhirnya membawa Piala Eropah ke Belanda untuk pertama kalinya setelah menewaskan Celtic 2-1 di San Siro.
Celtic mendahului melalui jaringan Tommy Gemmell pada minit ke-30, namun ketua pasukan Feyenoord, Rinus Israel menyamakan kedudukan dua minit kemudian. Feyenoord menguasai keseluruhan perlawanan dan akhirnya menemui jaringan kemenangan pada masa tambahan di minit ke-116 menerusi jaringan Ove Kindvall.
BAYERN MUNICH 4-0 ATLETICO MADRID (1974)

(Hoeness 28 82, Müller 56 69)
Tarikh: 17 May 1974
Stadium: Heysel Stadium, Brussels
[VIDEO]
Satu-satunya perlawanan final yang diadakan semula untuk menentukan juara apabila perlawanan pertama antara Bayern Munich dan Atletico Madrid berkesudahan seri 1-1. Jaringan Luis Aragones belum cukup untuk Atletico apabila Hans-Georg Schwarzenbeck menyamakan kedudukan dengan satu tendangan padu dari jarak 30 kaki.
Perlawanan ulangan diadakan dua hari kemudian dan Bayern seperti mendapat satu inspirasi baru, membelasah Atletico 4-0 hasil 2 gol masing-masing daripada Uli Hoeness dan Gerd “der Bomber” Muller. Persembahan hebat daripada Bayern ini menyaksikan dua bulan kemudian, enam daripada kesebelasan utamanya menyarung jersi kebangsaan Jerman Barat dan muncul juara Piala Dunia 1970 menewaskan Belanda 2-1 di Olympiastadion.
LIVERPOOL 3-1 BORUSSIA MONCHENGLADBACH (1977)

(McDermott 28, Smith 65, Neal 83p; Simonsen 51)
Tarikh: 25 May 1977
Stadium: Stadio Olimpico, Rome
[VIDEO]
Liverpool yang dibentuk oleh Bill Shankly dan kemudian diambilalih oleh Bob Paisley ini mula mendominasi kejohanan eropah apabila memenangi Piala Eropah pertama mereka pada final 1977 dengan kemenangan bergaya 3-1 keatas Borussia Monchengladbach.
Monchengladbach memiliki beberapa pemain bertaraf dunia dalam pasukan mereka seperti Berti Vogts, Herbert Wimmer, Jupp Heynckes dan Rainer Bonhof kesemuanya memenangi Piala Dunia 1974 bersama Jerman Barat, namun Liverpool yang mendapat inspirasi dari Kevin Keegan dan Steve Heighway mempamerkan aksi hebat untuk membenam Monchengladbach. Terry McDermott memberi gol awal kepada Liverpool pada separuh masa pertama namun Allan Simonsen satu-satunya pemain bukan berbangsa Jerman dalam kesebelasan utama Monchengladbach menjaringkan gol penyamaan. Bagaimanapun, Tommy Smith membawa Liverpool mendahului pada minit ke-64 dan penalti yang disempurnakan oleh Phil Neal pada minit ke-82 mengesahkan kejuaraan Eropah pertama Liverpool.
PORTO 2-1 BAYERN MUNICH (1987)

(Kögl 25; Madjer 77, Juary 80)
Tarikh: 27 May 1987
Stadium: Praterstadion, Vienna
[VIDEO]
Memenangi Champions League, UEFA Cup dan terkini Europa League dalam tempoh 8 tahun membolehkan Porto kini mula digeruni sebagai satu kuasa besar yang baru didalam bolasepak eropah. Namun ketika Porto bertemu dalam final European Cup 1987 bertemu Bayern Munich, Porto hanyalah sebuah pasukan kerdil dan dianggap underdog. Bayern tidak memenangi European Cup dalam 11 tahun ketika itu namun mereka diramal mudah untuk membenam Porto.
Tandukan Ludwig Kogl meletakkan Bayern mendahului pada minit ke-25. Namun dua gol pada minit terakhir iaitu minit ke-76 dan ke-81 melalui jaringan Rabah Madjer dan pemain gantian Juary memastikan kapten Porto, Joao Pinto menjulang Trofi Piala Eropah edisi 1987.
AC MILAN 4-0 BARCELONA (1994)

(Massaro 22 45, Savićević 47, Desailly 58)
Tarikh: 18 May 1994
Stadium: Olympic Stadium, Athens
[VIDEO]
Ketika Milan bertemu Barcelona di Athens, ianya diramalkan akan menjadi sebuah perlawanan epik diantara dua gergasi bolasepak eropah. Milan, juara 4 kali dan naib juara edisi 1993 menentang anak buah Johan Cruyff, juara edisi 1992. Seluruh dunia menanti tiupan wisel sepak mula. Namun ketika Milan garang mengatur gerak, Barcelona kehilangan punca.
Dianggap sebagai salah satu persembahan paling menakjubkan dalam sejarah bolasepak Eropah, Milan menewaskan Barca 4-0, dua gol dari Daniele Massaro, dan masing-masing satu dari Dejan Savicevic dan Marcel Desailly menyaksikan satu lagi kecemerlangan paling bermakna kepada bintang-bintang San Siro itu. Pemain-pemain bertaraf dunia Barcelona seperti Hristo Stoichkov, Ronald Koeman dan Romario hanya terpaku dengan kehebatan anak-anak buah Fabio Capello pada malam itu.
MANCHESTER UNITED 2-1 BAYERN MUNICH (1999)

(Sheringham 90, Solskjær 90; Basler 6)
Tarikh: 26 May 1999
Stadium: Camp Nou, Barcelona
[VIDEO]
Final terakhir didalam millennium itu menyaksikan perlawanan yang paling dramatik yang pernah disaksikan didalam sejarah bolasepak Eropah apabila, Manchester United, ketinggalan 0-1 dalam masa kecederaan, meledak dua gol dalam masa dua minit dan menyebabkan Bayern Munich terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka.
Tendangan percuma Mario Basler meletakkan Bayern dihadapan pada minit ke-6 dan pasukan Bavarians itu mendominasi perlawanan, dengan Peter Schmeichel menggagalkan percubaan dari Stefan Effenberg dan Carsten Jancker, manakala percubaan lob Mehmet Scholl terkena palang gol. United yang telah memenangi liga domestik, dengan menjulang Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, kelihatan penat dan kehilangan punca tanpa dua tonggak midfield mereka yang digantung iaitu Paul Scholes dan Roy Keane. Namun ketika Bayern berada diambang kemenangan, United memperolehi satu sepakan sudut pada minit ke-91 dan Schemichel menyertai pemain lain menuju ke kotak penalti Bayern. Mampukan United menjaringkan gol penyamaan?. Teddy Sheringham berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir itu dan penyokong United menjadi gila. Bagaimanapun, debaran tidak berakhir disitu, apabila ketika perlawanan memasuki saat-saat terakhir perlawanan, Manchester United sekali lagi memperolehi sepakan sudut. Tendangan sudut David Beckham menemui Sheringham, yang kemudiannya mengumpan pemain gantin Ole Gunnar Solskjær untuk meledak gol kemenangan sekaligus meletakkan namanya dalam sejarah kegemilangan Manchester United.
LIVERPOOL 3-3 AC MILAN (2005)

(Maldini 1, Crespo 39 44; Gerrard 53, Šmicer 56, Alonso 60)
Tarikh: 25 May 2005
Stadium: Atatürk Olympic Stadium, Istanbul
[VIDEO]
Sekiranya pertemuan Manchester United – Bayern Munich menyaksikan kebangkitan paling dramatik dalam sejarah Piala Eropah, Liverpool pula menyaksikan kebangkitan luar biasa dan diluar jangkaan walaupun berada diambang kekalahan. Membuat kejutan sebagai finalis pada edisi 2005, anak buah Rafa Benitez berentap dengan A.C. Milan yang dibarisi antaranya oleh Kaka, Andriy Shevchenko dan Hernan Crespo. Rossoneri mengesahkan penguasaan pada final di Istanbul dengan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dengan mendahului Liverpool dengan jaringan 3-0. Paolo Maldini menjaringkan gol seawal minit pertama, manakala Crespo meledak dua gol pada minit ke-39 dan ke-44 untuk membawa Milan ke kejuaraan kali kedua dalam tempoh tiga musim.
Dietmar Hamann dimasukkan pada separuh masa kedua ketika Benitez memilih untuk bermain dengan tiga pertahanan dan kemudian Merseysiders mendapat peluang untuk kembali dalam persaingan apabila Steven Gerrard menanduk masuk gol pertama Liverpool pada minit ke-54. Enam minit kemudian, dua gol daripada Vladimir Smicer dan Xabi Alonso telah membawa Liverpool dalam kedudukan seri 3-3 dengan A.C. Milan dan membuka semula peluang mereka untuk menjulang trofi Piala Eropah buat kali kelima.
Perlawanan itu berlanjutan hingga ke masa tambahan dan kecemerlangan Jerzy Dudek menggagalkan percubaan Shevchenko dengan double save yang menakjubkan membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Dudek – berdiri di pintu gol dengan kaki bergoyang seakan menari untuk menyeru semangat bekas penjaga gol The Reds, Bruce Grobbelaar - menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan dari Andrea Pirlo dan Shevchenko untuk melengkapkan kebangkitan dan kemenangan luar biasa Liverpool.
BARCELONA 2-1 ARSENAL (2006)

(Eto’o 76, Belletti 81; Campbell 37)
Tarikh: 17 May 2006
Stadium: Stade de France, Paris
[VIDEO]
Sebuah perlawanan yang menghiburkan dengan kedua-dua pasukan mengamalkan corak menyerang yang pantas. Namun menjelang minit ke-18 , Jens Lehmann dilayangkan kad merah apabila menjatuhkan Samuel Eto’o diluar kotak penalti. Robert Pires terpaksa dikeluarkan untuk Almunia dimasukkan sebagai penjaga gol gantian. Bermain dengan sepuluh pemain, The Gunners menghadapi satu tugas yang amat berat.
Walaubagaimanapun, anak buah Arsene Wenger mendahului pada minit ke-37 apabila Sol Campbell menanduk masuk hantaran dari sepakan percuma Thierry Henry. Namun, selepas hampir 40 minit berusaha, Barcelona akhirnya berjaya menebusi kekebalan pertahanan Arsenal. Pemain gantian, Henrik Larsson mengumpan Eto’o untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71. Empat minit kemudian, sekali lagi Larsson memainkan peranan penting dengan mengumpan bola untuk Juliano Belleti menjaringkan gol dan mencipta kejutan sebagai salah seorang penjaring gol kemenanganan dalam sejarah pertandingan eropah.
EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN
EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN HIGHLIGHTS
Perlawanan pertama Arsenal di Emirates berakhir dengan keputusan yang kurang memberangsangkan apabila sekadar seri 1-1 dengan AC Milan dalam perlawanan Piala Emirates 2010 walaupun The Gunners menguasai perlawanan dan mencipta banyak gerakan dan peluang-peluang yang menarik.
Piala Emirates ialah acara tahunan pra-musim yang dianjurkan Arsenal sebagai persediaan pemanas badan sebelum mengharungi cabaran Liga Perdana. Tahun ini Piala Emirates disertai oleh Arsenal, AC Milan, Lyon dan Celtic.
Marouane Chamakh mencuri tumpuan peminat dengan persembahan menarik bukan sahaja dengan jaringan gol tetapi dengan komitmen, teknik dan tahap kecerdasan yang ditunjukkan. Tapi yang mencuri tumpuan dan menimbulkan persoalan di kepala kami di sini ialah adakah Marouane Chamakh ini sepupu belah emak kepada Cristiano Ronaldo?. Muka sama sioot!
Berbalik kepada perlawan malam semalam, persembahan Samir Nasri dan Emmanuel Frimpong pada perlawanan ini sangat-sangat mengujakan kami dengan persembahan dalam kelas yang berbeza. Frimpong menggalas tugas sebagai jentera tengah dengan berkesan sekali dan seharusnya diberi peluang lebih banyak untuk beraksi dalam saingan liga. Dalam pada itu, bekas pemain Arsenal Mathieu Flamini yang mewakili AC Milan disambut dengan hambar oleh peminat The Gunners apabila diboo setiap kali mendapat bola.
Fabianski: 6 – Betul kata kawan saya, kenapa golkeeper selalu maju setapak kemudian undur semula dua tapak ketika menjaga gawang ketika sepakan percuma? You either get out and make sure to punch the ball or stay put and focus on the ball.
Vermaelen (Captain) and Koscielny: 7.5 – Kedua pemain membentuk pasangan yang solid di bahagian centre backs. Hadangan Koscielny kekita Pato melakukan larian solo memang vital. Sementara kehadiran Vermaelen di kotak penalti lawan ketika sepakan sudut memang menjadi senjata sulit The Gunners.
Sungguhpun demikian, bagaimana gol penyamaan AC Milan boleh terhasil, kedua-dua pemain ini perlu melakukan post-mortem.
Gibbs: 7.5 – Gibbs beraksi dengan mantap. Posisi Clichy mungkin akan tergugat. Banyak gerakan Arsenal bermula dari posisi ini.
Eboue: 6.5 – Beraksi dengan baik terutama apabila melakukan larian kehadapan namun terpaksa bekerja keras untuk mengekang kepantasan Pato.
Rosicky: 6 – Terkejut apabila Rosicky disenaraikan untuk bermain kerana sebelum ini laporan menyatakan Rosicky cedera. Potongan rambut baru Rosicky lebih menarik perhatian berbanding persembahan malam tadi.
Nasri: 8 – Man Of The Match
Wilshere: 6.5 – Persembahan mantap dengan hantaran cantik.
Frimpong: 7 – Persembahan Frimpong yang cemerlang pada perlawanan pra-musim diteruskan dalam perlawanan ini. Berdepan bertugas mengekang kemaraan pemain berpengalaman AC Milan seperti Clarence Seedorf, Frimpong tidak menghampakan.
Arshavin: 6.5 – Satu ketika, Arshavin seolah kurang cerdas namun larian solo yang membantu dalam jaringan pertama Arsenal menunjukkan sebaliknya.
Chamakh: 8 – Perlawanan pertama di Emirates, Chamakh mencuri hati peminat dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Kami di sini tidak sabar melihat gandingan Persie-Chamakh.
Sagna: 7 – Sejurus selepas dimasukkan, Sagna tidak menunggu masa yang lama untuk mencipta gerakan berbahaya di bahagian kanan. Sering membantu Nasri dengan hantaran yang tepat.
Clichy: 6.5 – Selain daripada hantaran menarik Clichy kepada Vela, tiada istimewa dengan persembahan Clichy dalam perlawanan ini. Perlu berusaha keras membina stamina dan pacing.
Djourou: 5 – Bermain di posisi tengah untuk Djourou adalah satu pemandangan yang kurang menyenangkan untuk peminat The Gunners. Bayangkan melihat Clichy bermain di posisi striker!
Randall: 4 – How on earth you missed that? Twice?
Walcott: 6 – Semoga Walcott tidak mengikuti jejak Eduardo. Unless he start looking at himself, we’re afraid he’ll be the ‘Most Over-rated Arsenal Player of All Time’.
Vela: 6.5 – Gerakan solo menarik Vela jarang menghampakan. Tapi kami yakin Vela tetap menjadi skuad tetap untuk Piala Carling berbanding Premier League.



