INSPIRASENI: PENSEL VS KAMERA OLEH BEN HAINE
Siri inspirasi seni PENCIL VS CAMERA ialah hasil ciptaan dan idea genius photographer, pelukis, kartunis, pemotret Belgium yang bernama Benjamin Heine.
Ben Haine telah mula mengambil gambar dan melukis sejak kira-kira sepuluh tahun yang lalu dan siri ini adalah hasil daripada eksplorasi grafik dan logik dari pengalaman artistik beliau selama beberapa tahun.
“Aku keluar dan mula-mula lukis ” Pencil Vs Camera 1 “, sangat simple dengan gambar dua buah kerusi dan sebuah meja kecil. Lebih kurang ¼ daripada scene tu dilukis atas kertas dan selebihnya ¾ adalah hasil dari photo yang aku ambik. Lebih kurang macam itulah projek ini bermula.” Kata Ben.
Dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast dan kini menetap di Brussels, Belgium. Ben ialah penuntut ilmu seni grafik dan seni arca dan juga memiliki ijazah dalam bidang journalism. Ni blog mamat Ben ni kalau anda peminat benda-benda seni dan nak usha hasil kerja-kerja lain beliau.






























10 LAGU RAYA MESTI DENGAR DI HUJUNG RAMADHAN DAN HARI-HARI RAYAKU
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda. Seperti anda, saya juga mempunyai lagu raya kegemaran halwa telinga saya. Lagu raya pilihan saya ini mungkin tidak enak atau biasa-biasa saja pada pendengaran telinga anda tapi tidak mengapa saya tidak marah. Saya faham manusia mempunyai struktur telinga yang berbeza-beza, ada telinga bercuping ada telinga tidak bercuping. Maka lagu-lagu yang masuk dalam telinga anda sudah pastilah tidak sama dengan lagu yang masuk dalam telinga saya. Tetapi adakah telinga yang bercuping atau tidak mempengaruhi pemilihan lagu raya kegemaran seseorang itu? Belum ada pakar Otolaryngology yang mampu merungkai persoalan ini. Misteri. Ahh. Tak payah cakap pasal telinga kerana kita disini sedang membincangkan pasal lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya. Inilah lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya Aidifitri atau Hari Raya Haji.
10 & 9. Hari Raya Yang Mulia – Wings & Keroncong Hari Raya – Wings

Adakah anda pernah mendengar lagu ini? Pada tahun 1997 saya telah membeli kaset cetak rompak album Wings ini, satu-satunya album rock Aidilfitri yang pernah dihasilkan. Siang malam dengar kaset itu melalui walkman Aiwa saya yang buruk yang dah tercabut cover batterynya. Namun kini lagu ini sudah jarang lagi didengari melalui corong radio. Bila mendengar lagu ini teringat kembali zaman kanak-kanak saya ketika beraya di kampung. Syahdu siot. Tsk..tsk.
8. Selamat Datang Sayang – Hattan

Rasanya inilah satu-satunya lagu raya yang dinyanyikan oleh Hattan. Walaupun lagu ini tak sebut pun perkataan Raya dalam liriknya. Lagu ni macam tak best saja ketika mula-mula dengar namun setelah mendengarnya selama 16 kali berturut-turut tanpa gagal ketika saya bekerja secara part-time di Metrojaya ia terus menggamit sanubari ini. Sampai sekarang saya masih menunggu lagu raya gabungan suara Hattan, Jamal Abdillah dan M.Nasir ala-ala Kepadamu Kekasih. Amacam? Produser?
7. Bila Hari Raya Menjelma – Siti Nurhaliza

Lagu raya paling low profile daripada Siti Nurhaliza tapi lagu raya paling saya gemari berbanding lagu-lagu raya Siti yang lain. Mula-mula mendengar lagu ini ketika berkumandang di kaca TV beberapa tahun yang sudah dan ibarat love at the first heard saya terus suka lagu ni. Tiada siapa yang paksa. Saya suka sendiri. Saya pun tidak tahu secara mendalam apa pasal lagu ni kurang publisiti berbanding lagu raya Siti yang lain. Adakah kerana penggunaan mercun bunga api yang digunakan di dalam video klip lagu ini menimbulkan provokasi terhadap saranan kerajaan mengharamkan bunga api? Wallahu’alam.
6. Bermaafan Di Aidilfitri – Amir Ukay’s

Seperti juga lagu Siti Nurhaliza yang kita sayangi diatas, lagu ini juga kurang dimainkan di media masa dan media arus perdana ketika menjelangnya hari raya. Lagu artis Indonesia lagi banyak pasang. Tidak mengapalah. Jikalau anda belum pernah mendengar lagu ini atau pernah mendengar tetapi rasa lagu ni macam tak sedap, tak best jer dan tertanya-tanya di benak anda mengapa saya boleh suka lagu ini, itu anda punya pasallah. Tapi terima kasih dan pujian yang harus diungkapkan kepada pengupload lagu-lagu raya di Youtube kerana tanpa anda siapala Amir Ukay’s dan tanpa anda tahun ini punya raya tak mendengarlah saya lagu kegemaran saya ini.
5. Lambaian Aidilfitri – Saleem & Jamal Abdillah

Jika anda berjauhan dari kampung halaman mencari rezeki di rantau orang, inilah lagu untuk anda untuk layan sambil mengalirkan air mata anda ketika merindui saudara mara, kawan atau pakcik makcik yang anda sayangi. Saya mencari-cari pencipta lagu ini tetapi buntu bukan apa kerana saya ingin mengucapkan tahniah kepada pencipta lagu kerana menjadikan hari rayaku begitu bertambah syahdu. Tahniah wahai si pencipta lagu.
4. Musafir Di Aidilfitri – S. Jibeng

Al-Fatihah kepada Allahyarham S. Jibeng yang telah kembali kerahmatullah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan begitu juga kepada kita yang masih hidup semoga kita mati dalam keadaan beriman. Antara semua lagu raya kesukaan saya hanya lagu ini saja dari era klasik
3. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah

2. Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir

1. Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran

A SONG DEDICATED TO
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
HANYUT (2010) – BASED ON JOSEPH CONRAD ALMAYER’S FOLLY

Aiming for international success, acclaimed Malaysian film director U-Wei Haji Saari back with his latest offering Hanyut (Adrift).
After six years without a film with last was Buai Laju-Laju (Swing My Swing High, My Darling), U-Wei back to direct Hanyut which the script was written by the director himself since 10 years ago has a lot to offer with good storyline and epic theme extravaganza. According to report the budget for the film amounting to RM20mil.
Based on Joseph Conrad’s first novel, Almayer’s Folly which was published in 1895, this epic film tells the story of Kaspar Almayer, a Dutch trader struggling to survive in Borneo jungle. His dream of finding a mythical gold mountain is challenged by his scheming wife, the colonial authorities, the political machinations of the local chief and Arab traders, and his daughter’s love for a freedom-fighting Malay prince.
Set in Borneo in the early 19th Century, this epic story combines adventure, drama, romance, conflict and suspense with a sense of history. Featuring a cosmopolitan society of indigenous Malays, tribal aborigines, Europeans, Arabs, Indians and Chinese living and working together, it is a tale of personal tragedy set against a backdrop of stale and defective colonialism.
The leading role for the film will be played by Hollywood actor Chris Vance famously seen in Prison Break series. Supported by the talented Khalid Salleh, Sofia Jane, Diana Danielle, Adi Putra, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Patrick Teoh, Sabri Yunus, Ramli Hassan dan Bront Palarae. Acclaimed Indonesian actor Alex Komang and El-Manik also starred in the film.
As one of Asia’s most talented and respected film directors, U-Wei Bin Haji Saari has 30 years of experience in filmmaking. Based in Kuala Lumpur, Malaysia, he was discovered and brought to Cannes in 1995.
In 1995, his film Kaki Bakar (The Arsonist) was invited to Un Certain Regard in Cannes Film Festival as well as Berlin, Montreal, Nantes, Fribourg, New York and Pusan. The film was awarded Grand Prix at Brussels Film Festival.
In 1997, U-Wei received a prestigious grant from NHK. The Nantes Film Festival (France) held a retrospective of his work in 2001. U-Wei is often invited to speak at film festivals throughout Asia.
His third film Jogho (The Bullfighter) 1998 was also invited to numerous film festivals such as Singapore (1998), Pusan (1998), Cinemanila (1999) and Nantes (2001). His short film Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku Di Tanjung Rambutan (My Beautiful Rambutan Tree in Tanjung Rambutan) was selected for Nantes Film Festival 2006, Directors Fortnight Cannes 2006. It was also the opening film for the 19th Singapore International Film Festival 2006.
U-Wei recently wrote and directed ‘Wangi Jadi Saksi’ (Wangi the Witness) as the opening play to launch the new state of the art auditorium at the Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wangi Jadi Saksi will have its Singapore debut at The Esplanade during the Harai Raya festive celebrations in November 2007.


About 200 extras were used on Hanyut’s set on 19th June for the ceremony scene where British army came to the village and meet up with Raja Ibrahim and Almayer. Photo Courtesy of http://findingnina.com/
JAMAL UBAIDILLAH PERGH..
Pada suatu hari aku mendengar kata dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, katanya: Jamal ni, nanti bila dia sudah tidak ada lagi, barula kita kan mengerti betapa besar sumbangannya pada negara..




















