10 LAGU RAYA MESTI DENGAR DI HUJUNG RAMADHAN DAN HARI-HARI RAYAKU
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda. Seperti anda, saya juga mempunyai lagu raya kegemaran halwa telinga saya. Lagu raya pilihan saya ini mungkin tidak enak atau biasa-biasa saja pada pendengaran telinga anda tapi tidak mengapa saya tidak marah. Saya faham manusia mempunyai struktur telinga yang berbeza-beza, ada telinga bercuping ada telinga tidak bercuping. Maka lagu-lagu yang masuk dalam telinga anda sudah pastilah tidak sama dengan lagu yang masuk dalam telinga saya. Tetapi adakah telinga yang bercuping atau tidak mempengaruhi pemilihan lagu raya kegemaran seseorang itu? Belum ada pakar Otolaryngology yang mampu merungkai persoalan ini. Misteri. Ahh. Tak payah cakap pasal telinga kerana kita disini sedang membincangkan pasal lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya. Inilah lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya Aidifitri atau Hari Raya Haji.
10 & 9. Hari Raya Yang Mulia – Wings & Keroncong Hari Raya – Wings

Adakah anda pernah mendengar lagu ini? Pada tahun 1997 saya telah membeli kaset cetak rompak album Wings ini, satu-satunya album rock Aidilfitri yang pernah dihasilkan. Siang malam dengar kaset itu melalui walkman Aiwa saya yang buruk yang dah tercabut cover batterynya. Namun kini lagu ini sudah jarang lagi didengari melalui corong radio. Bila mendengar lagu ini teringat kembali zaman kanak-kanak saya ketika beraya di kampung. Syahdu siot. Tsk..tsk.
8. Selamat Datang Sayang – Hattan

Rasanya inilah satu-satunya lagu raya yang dinyanyikan oleh Hattan. Walaupun lagu ini tak sebut pun perkataan Raya dalam liriknya. Lagu ni macam tak best saja ketika mula-mula dengar namun setelah mendengarnya selama 16 kali berturut-turut tanpa gagal ketika saya bekerja secara part-time di Metrojaya ia terus menggamit sanubari ini. Sampai sekarang saya masih menunggu lagu raya gabungan suara Hattan, Jamal Abdillah dan M.Nasir ala-ala Kepadamu Kekasih. Amacam? Produser?
7. Bila Hari Raya Menjelma – Siti Nurhaliza

Lagu raya paling low profile daripada Siti Nurhaliza tapi lagu raya paling saya gemari berbanding lagu-lagu raya Siti yang lain. Mula-mula mendengar lagu ini ketika berkumandang di kaca TV beberapa tahun yang sudah dan ibarat love at the first heard saya terus suka lagu ni. Tiada siapa yang paksa. Saya suka sendiri. Saya pun tidak tahu secara mendalam apa pasal lagu ni kurang publisiti berbanding lagu raya Siti yang lain. Adakah kerana penggunaan mercun bunga api yang digunakan di dalam video klip lagu ini menimbulkan provokasi terhadap saranan kerajaan mengharamkan bunga api? Wallahu’alam.
6. Bermaafan Di Aidilfitri – Amir Ukay’s

Seperti juga lagu Siti Nurhaliza yang kita sayangi diatas, lagu ini juga kurang dimainkan di media masa dan media arus perdana ketika menjelangnya hari raya. Lagu artis Indonesia lagi banyak pasang. Tidak mengapalah. Jikalau anda belum pernah mendengar lagu ini atau pernah mendengar tetapi rasa lagu ni macam tak sedap, tak best jer dan tertanya-tanya di benak anda mengapa saya boleh suka lagu ini, itu anda punya pasallah. Tapi terima kasih dan pujian yang harus diungkapkan kepada pengupload lagu-lagu raya di Youtube kerana tanpa anda siapala Amir Ukay’s dan tanpa anda tahun ini punya raya tak mendengarlah saya lagu kegemaran saya ini.
5. Lambaian Aidilfitri – Saleem & Jamal Abdillah

Jika anda berjauhan dari kampung halaman mencari rezeki di rantau orang, inilah lagu untuk anda untuk layan sambil mengalirkan air mata anda ketika merindui saudara mara, kawan atau pakcik makcik yang anda sayangi. Saya mencari-cari pencipta lagu ini tetapi buntu bukan apa kerana saya ingin mengucapkan tahniah kepada pencipta lagu kerana menjadikan hari rayaku begitu bertambah syahdu. Tahniah wahai si pencipta lagu.
4. Musafir Di Aidilfitri – S. Jibeng

Al-Fatihah kepada Allahyarham S. Jibeng yang telah kembali kerahmatullah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan begitu juga kepada kita yang masih hidup semoga kita mati dalam keadaan beriman. Antara semua lagu raya kesukaan saya hanya lagu ini saja dari era klasik
3. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah

2. Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir

1. Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran

A SONG DEDICATED TO
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda



