ANDA MUNGKIN PERLUKAN KEHIDUPAN BARU JIKA…. DAN SUMBANGAN ANDA PADA PERANGKAAN INTERNET SEDUNIA
BAGAIMANAKAH ANDA MENGHABISKAN MASA MELAYARI INTERNET?

AC Nielsen secara berkala akan mengeluarkan data hasil kajian mereka mengenai perilaku pelanggan dalam talian. Ini adalah data terbaru hasil kajian mereka mengenai rangkaian sosial, jenama dan penggunaan jaringan internet di seluruh dunia.
JUMLAH MASA DIHABISKAN MELAYARI INTERNET
Rakyat Amerika rata-rata menghabiskan lebih dari 60 jam melayari internet dalam sebulan. Ini adalah bersamaan dengan 30 hari melayari internet tanpa henti dalam setahun.
22% daripada masa digunakan untuk melayari rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Twitter. 42% digunakan untuk membaca maklumat terkini seperti berita semasa atau keputusan perlawanan bola sepak antara Arsenal dan Chelsea. 36% pula digunakan untuk kegiatan-kegiatan lain seperti membaca e-mel, mencari maklumat untuk assignment, mendownload perkara-perkara keji dan lagho seperti video seks dan gambar bogel artis dan sebagainya.
Secara purata, seluruh manusia yang melayari internet termasuklah anda pada ketika ini, melayari 2,646 laman web dalam 89 domain dan melog in sebanyak 57 kali dalam sebulan.
JENAMA PALING POPULAR
Peratusan pengguna internet yang mengunjungi Google ialah sebanyak 81%. Jenama web lain termasuklah MSN/Bing (62%), Facebook (54%), Yahoo (53%), Microsoft (48%), YouTube (47%), Wikipedia (53%), AOL (27%), Ebay (26%), Apple (26%) dan Andimazlan.com (0.00001%)
PENGGUNA RANGKAIAN LAMAN SOSIAL
Di antara seluruh pengguna internet, pengguna Brazil lebih banyak melayari laman sosial iaitu sebanyak 80%. Negara-negara lain dengan peratusan yang tinggi termasuk Itali (73%), Sepanyol (75%), Jepun (70%), Amerika Syarikat (67%), United Kingdom (69%), Perancis (67%), Australia (59%), Jerman (51%) dan Switzerland (51%).
AKTIVITI HARIAN INTERNET
Peratusan orang dewasa Amerika Syarikat yang menggunakan internet setiap hari adalah 55%. 45% daripadanya menghantar atau membaca e-mel, 40% menggunakan enjin carian, 30% mendapatkan berita, 18% mengaccess bank dalam talian, 15% menonton video, 15% menggunakan rangkaian laman sosial, 10% membaca blog, 5% membeli produk 5% bermain online games.
Sumber : Visualeconomics dot com



