Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

GETTING PERSONAL WITH LIFE

MC LAGI

Morning…
Hari ni rabu, tanggal 5.10.10…mesti pelik kenapa aku terlalu berlapang masa tulis blog padahal sepatutnya aku berada d sekolah melakasanakan amanah sebagai seorang guru..ini la ceritanya…

Pagi tadi terkejut bila bangun pukul 6.45 pagi padahal malam tadi tido agak awal dalam kul 11..hubby besalah duk men internet sorang2..ntah sampai kul berapa…walau pun demam tapi tetap gak tido lambat…so, bila bangun pagi tadi ingat nak terus mandi g sekolah tapi aku pon cancel je la..lagipon da 2 minggu , eh bukan 2 minggu hampir sepanjang tahun aku rasa otak aku da penat…terlalu banyak benda yang menyesakkan d sekolah, bukan student yang buat hal tapi ada sesetengah rakan sejawat yang bikin ini kepala ini tension..tapi Allah maha adil, setiap sakit yang dirasakan ada penawarnya..my hubby n our coming soon son..tu ar penawarnya..

Opps, jap, hubby baru balik..nak buka pintu..dia pon mc gak..sakit tekak..td lapar sangat tu yang dia kuar g beli breakfast..bila perut da makin besar, selera makan makin bertambah, kuat makan..mayb baby pon lapar, atau pergerakan baby dalam perut bt ibu lapar..tp ibu tak kisah, lapar ke penat ker..ibu turutkan..sebab ibu ada ayah baby yang jaga ibu baik2…hehe

Memang rasa teruja nak jadi ibu, setiap pasangan yang berkahwin dambakan saat ni….hubby lak tak sabar jadi ayah..tapi sabar la sayang..lebi kurang 4 bulan jer lagi…

Persediaan barang baby pon da beli sikit2…kira barang baby ala lengkap cuma nnt nak top up gak lg…agak teruja shopping barangan baby cuma budget tu kena beringat la sikit..


KISAH AKU, HUBBY AND BABY

Salam ukhwah…

Hari ni ahad, esok isnin..hari yang memang memang malas kami hadapi…setelah bersenang lenang di rumah bersama, menghabiskan hujung minggu yang  indah. ..maklumlah, jarang-jarang jumpa, boleh dikatakan kami ni ala2 weekend husband n wife…hari yang best mestilah hari jumaat…sabtu pon best gak..tapi ahad ala2 suram gitu…maklumla esok tak jumpa..sorilah kat HARI yang tak bersalah..aku terpaksa mengklafikasikan kamu best atau tak…kalau HARi boleh berkata,mesti aku dikutuknya…haha…tapi ni la realiti kehidupan…hari yang berbeza membawa kehidupan yang berbeza, cuma terpulang kepada kita bagaimana untuk melaluinya…

Hari ahad, bangun lambat, maklumla malam tadi gi Jusco…Jusco day, sebenarnya kitorang tak plan pon, maklumlah ekonomi gawat…pas2 raya ni… mula2 nak g kuar makan kul 6…alahai cabaran yang pertama ada ker patut c jiran ni bt khemah kat tgh alam ..aku pon tak paham, macamana kitorang nak lalu..memang takder jalan, pas berbincang ngan hubby ( sebenarnya bertekak …haha) kitorang pon lalu ikut jalan tepi umah2..selit2 pon dapat gak kuar la..lega ckit…kitorang mmg geram la ngan c jiran ni…macamana cara dia berfikir tue..kot yer ko nak bt kenduri pon jangan ar nyusahkan org…dah ar tak jemput..kalu jemput tak la kitorang membara jg…sampai c hubby cakap berdosa dorang tue..n bg aku… ye la kot…coz nyusahkan org…n kerana merekala kitorang terpaksa g Jusco coz tau nak balik nnt takder jalan…

Kitaorang try makan kat Doll tomyam, boleh tahanla makanan dia..sirap bandung, nasi putih, telur dadar ,sup campur dan menu spesel yang kitorang order ialah ikan bawal golek…tengok gambar ikan tu digolek ngan ala2 sambal.. tapi bila ikan tu sampai.. warna mayonis dan cheese.. agak konpius gak.. tapi oleh kerana da lama tunggu makan je la… ikan bawal besar giler beb, lebih besar dari tapak tangan…tapi takdelah mahal sangat…RM25 total semua..

Pastu kitorang plan g Jusco sebab kes tak leh lalu gara2 c jiran tue..sabo jelah…memang teruja la gi Jusco, maklumla sale..tapi kitorang hanya beri tumpuan kat baby corner, ingat nak bli car seat tp tak jd ler..sebab lambat lg..bln 2 due..so, budget ada ker takder..shopping alat2 kelengkapan bayi , persediaan masuk wad, beli lampin, beli baju, botol susu, napkins, blanket, baju baby new born lebih kurang 5 atau 6 pasang.,beg baby.apapun, barangan baby majornya warna biru, hijau, coklat ..mandian baby…barangan baby memang lagi mahal dari barang orang dewasa…apapun, jangan berkira ngan anak sendiri….diam tak diam da nak dkt kul 10..seronok mmg seronok ler…

Pas 2, hubby ajak  g mph..dia masuk . aku duk luar, bukan aper..kaki sakitla….pastu balikla…

cabaran seterusnya, alahai dipendekkan cerita kitorang tersalah masuk highway kl la…aduhai..mata mengantuk tp hubby drive, so, aku pon tak kisah..kalau aku drive, emosi gaklah kot…tak pasal2 kna lalu highway nilai tu je la jalan yang ada nak balik senawang balik…sampai uma da nak dekat kul 12…tido awal …

Ni citer ahad, da melalut..sweet moment yang nak dikongsi bersama ialah, saat-saat merasa pergerakan janin 4 da first time oleh hubby…kisah berlaku sabtu..petang dalam kul 4… aku mmg selalu rasa pergerakan janin menolak2 perut aku bila kita letakkan tangan atas perut, aku selalu citer kat hubby by phone..dia mengiyakan tapi kalau tak pegang atau rasa mybe dia tak paham…baby ni kiut gak, kalau ayah dia pegang, did duk senyap, sehinggala semalam..hubby aku terkejut n gelak besar bila dia rasa ada makhluk dalam perut aku menolak tapak tangan dia..baby memang banyak bergerak semalam, maybe nak show off kat ayah dier..then, hubby sangat gembira ngan pergerakan c boboy dalam perut..entahkan kaki, entahkan tangan  c baby..apapun kami  gembira n bersyukur dengan anugerahmu ya Allah..Semoga dikurniakan anak yang soleh dan sihat hendaknya..Insya Allah..

Buat suami tersayang, terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka kehidupan selama ni…anugerah di dalam perut ni hadiah buatmu..semoga semuanya selamat ya….


LEBIH KURANG 5 BULAN LAGI………….

Salam,
fuh, masa berlalu begitu pantas..setelah berapa lama blog ni wujud, ni la first my hubby bg chance aku tulis blog dier..spesel la tu kunun.. nk kata birthday gurl..da belated da…ptg ni nk g open house uma ita kt nilai…

tak tau nk tulis aper..ttg perkahwinan..mmm da berlalu da..yg best skrg nk bgtau…hep hep hooray…i’m pregnant already da..thn dpn bln 2. my due lahirkan baby…setakat ni yang dimaklumkan oleh doktor…it’s a boy…nmpk tot tet dier da…selama aku pgnant, ingatkan gurl…sbb taksub sgt kt gurl…bli majala sumer baby gurl, kalu majalah baby boy, bli gak tp tak baca…rupanya baby ibu suker tgk awek cun mcm ayh dier…

canggih teknologi sekarang, mcm2 leh tgk guna scanner 3d, tulang,jantung, tahap kesihatan baby dalam perut..ari rabu 22.09.10…kt orang g klinik pakar wanita dr.sukhilmi..memang bagus la servis dr ni…lembut dan berhemah..itula kali pertama kami melihat ank kami secara 3d dan kesempurnaan sifatnya..sayang anak ibu…tangan baby pose mcm2…alhamdulillah..dr kata ok n insya Allah sihat..4 bulan 10 ari lg…

mmg nak jadi ibu ni satu pengorbanan..apatah lg kalu cek kat doktor kdg2 darah tinggi la apala…so far alhamdulillah n harap dapat melahirkan secara normal…tu jer tu kali ni…ni ada ckit hasil gmbr 3d….


SELAMAT HARI KHAMIS

Yet another Thursday morning to live on.
@LVL35SMNRTM