Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

SCORE PREDICTION

EPL 2010/11: ARSENAL VS SUNDERLAND (5 MAR 2011), FAVOURITE LINE-UP, NAIL THE TWO-POINT ROBBER

Sunderland merupakan sebuah pasukan bogey untuk empat pasukan teratas liga EPL termasuklah Arsenal. Rujuk kepada lima pertemuan terkini ini diantara kedua pasukan ini, Arsenal hanya menang sekali, seri tiga kali dan kalah sekali.

Sebab itulah Sunderland aku gelarkan “Two-Point Robber”.

September 18, 2010 : Sunderland 1-1 Arsenal
February 20, 2010 : Arsenal 2-0 Sunderland
November 21, 2009 : Sunderland 1-0 Arsenal
February 21, 2009 : Arsenal 0-0 Sunderland
October 04, 2008 : Sunderland 1-1 Arsenal
May 11, 2008 : Sunderland 0-1 Arsenal
October 07, 2007 : Arsenal 3-2 Sunderland
May 01, 2006 : Sunderland 0-3 Arsenal
November 05, 2005 : Arsenal 3-1 Sunderland
May 11, 2003 : Sunderland 0-4 Arsenal

Kemenangan pada malam ini akan merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu liga Manchester United. Sunderland berada pada tangga ke-8 dengan 37 mata, kurang 2 mata untuk perebutan tempat ke Eropah.

Aku suka sekiranya Wenger meletakkan Rosicky di wing kanan dan menggunakan Nasri di bahagian attacking midfielder.

Habiskan perlawanan pada separuh masa pertama dan gunakan separuh masa kedua untuk rotation. Elak Bendtner, Nasri, Djourou, Wilshere, Arshavin dari mengalami cedera.

Perlawanan selepas ini ialah menentang Barcelona di Nou Camp.


EPL 2010/11: ARSENAL 3-0 WIGAN (22 JAN 2011) MOTD EXTENDED VIDEO HIGHLIGHTS

Robin Van Persie gagal menyempurnakan sepakan penalti, namum bangkit menjaring hat-trick

1. Persembahan mantap dari The Gunners.
2. RvP membuka hatrick pertamanya musim ini.
3. Pada masa yang sama, Manchester United menewaskan Birmingham 5-0.
Eden Dzeko tewas 0-1 kepada Darren Bent.
4. The Gunners mengambil-alih posisi liga ke tempat kedua.

Jika bukan kerana ketangkasan Al-Habsi, sudah pasti jaringan gol lebih besar kita perolehi.
Persembahan yang terbaek dari semua pemain terutamanya Jack Wilshere. Perlawanana malam ini betul betul membuat saya memuji Jack Wilshere dalam hati.

C’mon you Ipswich!!


EPL 2010/11: ARSENAL VS WIGAN (22 JAN 2011), FAVOURITE LINE-UP

Manchester United akan melalui minggu yang ketat ( vs Birmingham [22.1.11, home], vs Blackpool [25.1.11, Away]) dan kita mengharap semoga mereka tercicir mata. Hahahaha

Worth reading article: ‘Arsenal Till I Die’, But Who? Thanks to : Bro Deen, ArsenalKorner

Good Luck Gunners!


EPL 2010/11: ROON-ITED VS NASRI-NAL (OUR FAVOURITE LINE-UP AND SCORES)

Damn! Match pukul 4 pagi!
Damn! Evra!
We will win this so he’ll swallow his words.

FAVOURITE LINE-UP

I’ll start Djourou this time.
I’ll not start with Persie.
I’ll not gamble on Cesc.

Some might say this the contest between Rooney and Nasri.
I don’t know. Clichy should stop Nani from playing.

Gunners to win 2-1.


EPL 2010/11: ASTON VILLA VS ARSENAL LINE-UPS (27 NOV 2010), BIENVENUE MONSIEUR PIRES

Dah seminggu berkabung. But since then I’ve been attacked with writer’s block disease.
I am speechless on how we lose again Tottenham and why Wenger played Cesc against Braga. And the yellow card against Vela and denied a penalty made my week even worse. I love Arsenal. And I hate to see the team lose.

Malam ni gua nak pakai bandana merah gua yang gua beli kat Petaling Street.

I’ve talk to Pat Rice, lets go gung-ho tonight. Lead two or three goals in the first half and play Bendtner or Vela in the second half.

It’s not right when we have fit players only to put them on the bench.
Gua rasa ini penyebab suasana tidak makmur semenjak dua menjak ni.

Favourite Line-up:

Formation: 4-1-4-1

PEMBAKAR SEMANGAT

So I say lets wear red tonight.
..and bienvenue Bobby Pires.


EPL 2010/11: EVERTON VS ARSENAL LINE-UP (14 NOV 2010) DAN RAMALAN GOL

Perlawanan malam ini dijangka akan lebih sukar berbanding pertembungan dengan Wolves tempoh hari. Everton kali terakhir tewas adalah pada 18 September 2010 yang lalu apabila kalah kepada Newcastle. Selepas itu mereka tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan membolehkan pengurus, David Moyes menerima anugerah Barclays Manager of the Month untuk bulan Oktober.

Keputusan Manchester United yang sekadar seri 2-2 dengan Aston Villa dalam perlawanan malam semalam seharusnya membakar semangat The Gunners untuk memungut tiga mata.

ANDIMAZLAN.COM FAVOURITE LINE-UP

PERTAHANAN
Koscielny menjalani penggantungan perlawanan yang terakhir sementara Vermaelen masih cedera. Posisi pertahanan dan golkeeper dijangka akan kekal seperti ketika menentang Wolves.

MIDFIELD
Song harus berhati-hati, satu kad kuning malam ini akan menyebabkan digantung perlawanan menentang Tottenham. Oleh sebab itu, kami memilih Denilson untuk membantu Song mengemudi bahagian defensive midfield.

Nasri dijangka akan diturunkan selepas direhatkan pada perlawanan sebelum ini. Nasri akan menyerang dari bahagian sayap kiri, Arshavin akan mengemudi sayap kanan manakala Fabregas akan bertindak selaku attacking midfielder.

SERANGAN

Chamakh as a lone striker. Kemudian masukkan super-sub Walcott pada separuh masa kedua. Ini sangat effective kerana barisan pertahanan Everton sudah keletihan dan Walcott boleh melakukan larian-larian pantas menyelinap masuk ke kawasan kotak penalti.

FORMASI

4-2-3-1

INTERVIEW WENGER SEBELUM PERLAWANAN

“If you look at the quality of mid-table, it is quite frightening,” said Wenger. “And Everton are one of those teams.


“We are happy to be where we are but we also have some regrets. We lost against West Brom and Newcastle but by adding three points, just one game, you see where we could be.


“I am convinced we have the potential and the right spirit. We showed that again against Wolves on Wednesday night. We go to Everton where we will want to show a similar commitment that we had there.”

RAMALAN GOL
Gunners sumbat tiga gol berbalas satu. Gol dari Chamakh, Walcott dan Nasri


EPL 2010/11: WOLVES VS ARSENAL LINE-UP (11 NOV 2010), RAMALAN GOL DAN SERANGAN TIGA SERANGKAI

Pada musim 2009/10, 7 Nov 2009 Arsenal membelasah Wolves 4-1, ketika itu The Gunners tidak bermain dengan baik tetapi masih berjaya menang besar. Kemenangan itu meletakkan Arsenal pada kedudukan ke-2 dalam saingan liga, ketinggalan 2 mata dengan Chelsea dan meletakkan Wolves dalam kedudukan bahaya pada tangga ke-18 dalam liga.

Namun pagi ini, walaupun situasi hampir sama namun debaran perlawanan ini tampak berbeza. Setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut, perlawanan menentang Wolves ini dianggap sukar dan boleh menyebabkan nervous breakdown kepada pemain-pemain Arsenal itu sendiri.

Setelah melakukan perbincangan melalui video conference dengan CIO andimazlan.com yang kini berada di Guangzhou, China untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Jepun (Malaysia tewas 0-2), maka inilah favourite line-up Arsenal untuk menewaskan Wolverhampton Wanderers di Molineux Stadium.

Golkeeper & Pertahanan

Rayuan kad merah ditolak FA. Koscielny dihukum gantung dua perlawanan. Situasi Vermaelen menjadi lebih buruk apabila kecederaan baru berlaku ketika menjalani latihan dan terpaksa dirujuk semula kepada pakar. Djourou dan Squillaci akan mengemudi barisan pertahanan tengah, sementara Sagna dan Clichy kekal pada posisi masing-masing.

Midfield

Setelah melalui sesi pertikaman lidah dan menolak cadangan undi tidak percaya, akhirnya staff andimazlan.com sepakat untuk tidak memasukkan Jack Wilshere dalam starting line-up menentang Wolves kali ini. Sungguhpun Jack telah dipilih sebagai man-of-the-match pada perlawanan menentang Newcastle, majoriti undi tidak memihak kepada beliau. Thomas Rosicky yang jarang-jarang diturunkan dalam kesebelasan utama pula dipilih untuk bergandingan dengan Cesc Fabregas dibahagian tengah. Biar betul diorang nih! Alex Song tetap dengan posisi asal beliau, defensive midfielder sebagai benteng kepada barisan pertahanan.

Serangan

Sudah tiba masanya tindakan drastik perlu dilaksanakan, maka bersandarkan kepada tindakan ini, Marouane Chamakh akan berada pada bangku simpanan. Persembahan buruk yang ditunjukkan ketika menentang Newcastle dan kemarau gol yang berlarutan menyebabkan penyokong Arsenal di Korea Utara juga hilang sabar.

Van Persie dijangka tidak akan diturunkan, kerana belum fit sepenuhnya menurut Wenger.

Nasri yang terselamat dari mengalami luka parah ketika menentang Newcastle dijangka akan diturunkan untuk mengemudi bahagian sayap kiri manakan Arshavin akan mengemudi sayap kanan. Kami memilih Walcott untuk mengemudi barisan serangan dan bertindak sebagai lone striker. Maka dengan ini lengkaplah serangan tiga serangkai!

Formasi

4-1-2-3

Interview Wenger sebelum perlawanan

Wolves pasukan yang hebat sebab diorang bagus dari segi pertahanan dan serangan. Bahagian midfield diorang pun bagus dengan Milijas dan Henry. Diorang ada Doyle, pemain yang kita respect, jadi Wolves memang pasukan yang bagus dengan taktik permainan yang baik.”

Ramalan gol

The Gunners menang tipis 2-1, jaringan Walcott dan Nasri


ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011 : PERLAWANAN KE-12 RAMALAN GOL


EPL 2010/11: ARSENAL LINE-UP VS NEWCASTLE UTD (7 NOV 2010), RAMALAN GOL, TERIMA KASIH KEPADA EDUARDO

Wenger > Haven’t received your formation! What goin’ on there?
Andimazlan > Can’t get through. Been trying MMS your the whole night. Deepavali jammed the line, I supposed.
Wenger > Deepa what!?
Andimazlan > Deepavali mate. The country is celebrating Deepavali today. I think phone line will be slow until tomorrow. Why don’t you check our site for the suggested formation.
Wenger > Err.. Ok. Should check your site, then. Thanks
Andimazlan > No prob. Start Walcott!!
Wenger > We’ll see.

Penyokong Arsenal disebelah barat terutamanya di Kota London gelabah sebentar setelah Arsenal tewas mengejut di tangan Eduardo dalam saingan Champions League dua hari lepas. Kami tak berpeluang melihat perlawanan tersebut, pukul 3 pagi beb! Terima kasih Eduardo! Kekalahan itu menyedarkan Arsenal yang telah terbuai dengan kemenangan bergaya ketika mengalahkan Manchester City 3-0.

Arsène pun gelabah juga lantas menghantar SMS berbaur rayuan kepada kami meminta nasihat formasi terbaik menentang Newcastle Utd malam nanti. Selalu pihak admin kami tidak akan terlepas menghantar memo fax ke office Arsenal untuk nasihat formasi kami, namun sambutan Deepavali disyaki menyebabkan line phone menjadi slow mungkin disebabkan talian dipenuhi oleh e-kad yang dihantar oleh rakan-rakan kita yang beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Tak mengapalah. Happy Deepavali to all Indian Arsenal fans! Happy Deepavali Valtukel!

Straight to the point. So here’s our proposed formation to Arsène.

Golkeeper & Pertahanan

Sejujurnya kami amat surprise dengan pemilihan Fabianski yang diturunkan ketika menentang Shakhtar Donetsk kerana kami telah pun menyatakan bahawa Szczesny patut diturunkan berdasarkan persembahan yang amat membanggakan sebelum ini. Walaupun demikian, Fabianski pasti akan diturunkan pada malam ini.

Kecederaan panjang terus membelenggu Vermaelen. Koscielny dan Squillaci sekali lagi mengemudi barisan pertahanan tengah. Sagna beraksi dengan baik ketika menentang Manchester City dan patut kekal di posisi ini walau pada awal musim kami sering membandingkan beliau dengan Eboue. Clichy semakin hari semakin dikritik peminat kerana kurang konsisten ketika bertahan, malah ada rakan kami yang mencadangkan agar posisi bek kiri ini diisi oleh Koscielny memandangkan Gibbs masih lagi cedera.

Midfielder

Oh! Arsenal ada problem dibahagian ini. Even kami sendiri pun menggaru kepala ni. Bukan masalah kurang pemain akibat cedera, namun masalah terlalu ramai pemain yang hebat yang kini berada pada tahap konsistensi dan kecedasan yang sama. Walcott kini telah kembali, Wilshere juga telah kembali dari penggantungan, Cesc perlu diturunkan, Song pemain penting, Nasri, Arshavin, Rosicky, Denilson, Eboue, Diaby (cedera ketika ini). Ah! Pening!

Walcott akan bermula di sayap kanan. Melakukan larian pantas dan menyupport Marouane. Arshavin bermain di sayap kiri dan dinasihatkan untuk sekali sekala melakukan tendangan padu ke muka pertahanan Newcastle. Nasri akan bertindak selaku attacking midfielder. Song dan Fabregas (dengan harapan kedua-dua mereka akan fit untuk perlawanan ini) akan mengemudi bahagian tengah.

Penyerang

Maroune Chamakh menggalas tugas sebagai penyerang solo. Kami menyarankan formasi 4-2-3-1 (lihat imej diatas)

Interview Wenger sebelum perlawanan

Kita memang 100% yakin menang time nak lawan West Brom hari tu,” Kata Wenger. “Kita tak nak lagila benda tu berulang (kekalahan mengejut) time lawan Newcastle pulak. Kita tau Newcastle ni team yang bagus, lagi pulak diorang kan baru je belasah Sunderland 5-1, kita rasa itu satu amaran untuk kita la.

Ketika dengan West Ham, kita dah tau dah match tu pasti akan susah, sukar la. Tapi apa yang kita suka sangat ialah pemain kita sangat sabar, bijak dan tenang. Kita rasa kesabaran kita tu la yang paling membanggakan. ” Kita bermain tak sharp atau selancar seperti yang kita biasa main tapi pemain kita bijak dan pertahanan kita tidak melakukan kesilapan contohnya seperti yang berlaku ketika melawan Shakhtar. Sambung Wenger lagi.

” Time kita pergi dekat Manchester City, kita tertinggal tiga point dengan diorang dan sama point pulak dengan musuh kita Tottenham. Sekarang kita dah tinggal diorang pulak sebab kita dah menang dua game sebelum ni. Jadi pentingla untuk kita kekalkan momentum ini dan terus push forward. Tak mau kalah lagi dah”. Ujar Wenger menutup interview kami.

Ramalan gol

Arsenal menang 3-0 atau 3-1, jaringan dari Walcott, Nasri dan Chamakh


ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011: PERLAWANAN KE-11 RAMALAN GOL


MANCHESTER CITY VS ARSENAL 24 OKT 2010 LINE-UPS DAN YAKIN MENANG

Dengan Koscielny cedera, Jack menjalani penggantungan 3 perlawanan, dan yang selainnya belum lagi sembuh-sembuh dari cedera. Maka inilah proposal line-up yang kami telah faxkan kepada Arsene semalam.

Dengan penyembuhan Sagna dari kesakitan beliau, maka tempat Ebou akan diambil semula. Oleh kerana Koscielny dan Vermaelen cedera, maka gandingan terbaik untuk centerback ketika ini ialah Djourou dan Squillaci.

Cesc dan Rosicky akan support Marouane. Sementara Nasri dan Arshavin melakukan larian-larian dan menyelinap masuk melalui sayap kiri dan kanan. Namun kami tahu Arsene akan mempertikaikan cadangan kami ini kerana kemungkinan besar beliau akan menggunakan Abou Diaby menggantikan Rosicky.

Kami amat yakin Arsenal akan menumpaskan Manchester City 3-1 malam ini. 3-1. Gol dari Nasri, Chamakh dan Fabregas.


CHELSEA VS ARSENAL LINE-UPS, RAMALAN DAN HARAPAN DAN KEPALA MAROUANE

 

Setakat berita sehingga petang tadi Fabregas masih lagi dilaporkan 50:50 samada diturunkan atau tidak menetang Chelsea. Pihak kami masih mencuba miss called Arsene untuk pengesahan status Cesc dan Thomas Vermaelen namun hampa. SMS kami pun tak berbalas.

Namun kami yakin Thomas pasti tidak diturunkan, maka Squillaci dan Koscielny akan digandingkan semula. Sagna dan Clichy masing-masing dibahagian bek kanan dan kiri.
Persembahan Jack Wilshere pada beberapa perlawanan sebelum ini amat memberangsangkan dan kami berandaian bahawa Arsene akan menurukan beliau lagi pada perlawanan ini, tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa Jack belum bersedia untuk perlawanan sebesar ini. Maka dengan itu setelah melakukan undian cabut rumput diantara staff kami di andimazlan.com yang seramai 3 orang ini maka kami sebulat suara memilih:

 

 

Andreiy dan Samir di posisi wing kiri dan kanan.

Cesc dan Rosicky di bahagian midfield. Cesc maju sedikit kehadapan bertindak sebagai attacking midfielder support untuk Marouane. Sekiranya Cesc tidak sempat sembuh Jack akan mengisi tempat ini.

Kami kurang bersetuju dengan kenyataan bekas rakan rapat kami iaitu Nigel Winterburn yang mengatakan bahawa Arsenal harus lebih menggunakan kepala Marouane untuk menghasilkan gol. Maksud beliau ialah perlu lebih banyak hantaran bola tinggi untuk Marouane tanduk bola tu lepas tu bola tu akan masuk kedalam gol dan lepas tu Arsenal menangla. Ewah ewah macam senang je ko cakap Nigel. Andaian ko ni tak betul ni! Tak praktikal.

Menurut laporan sains yang sukar dipercayai, kapasiti atom dan urat synapses didalam kepala kedua-dua pertahanan Chelsea iaitu Terry (tinggi : 1.85 m /6 ft 1 in) dan Alex (tinggi : 1.88 m /6 ft 2 in) lebih pekat dan berhubung lebih baik antara saraf-sarafnya menyebabkan daya tandukan keatas bola lebih mudah dan senang dilakukan mereka. Alex dan Terry telah dikenali dengan tandukan berbisa mereka.

Oleh yang demikian kami telah menghantar fax ke pejabat Arsenal FC di London untuk mengabaikan nasihat taktikal Nigel ini dan bermainlah seperti biasa.

Saranan kami cuma satu agar Andreiy dan Samir tidak memegang bola terlalu lama dan janganlah segan silu untuk membuat tendangan padu ke gawang Chelsea apabila berada didalam petak D. Apa ingat pertandingan memasak ke nak goreng lama-lama. Kemudian cari gol awal seawal yang boleh.

Ramalan gol :
Hati berkata Arsenal mungkin kalah 2-0, tapi kami meramalkan perlawanan sengit dan Arsenal sekurang-kurangnya mendapat satu mata. Seri 1-1

 


ARSENAL vs BLACKPOOL – LINE-UP AND PREDICTION