TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA MANGSA BANJIR DI UTARA SEMENANJUNG, BANJIR TERBURUK MUNGKIN BERLAKU DI PAHANG

Kami mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat didalam bencana alam banjir yang kini sedang melanda utara negara kita terutamanya di Kedah dan Perlis.
Ayoh luangkan tiga minit anda seketika untuk kita sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham yang maut didalam kejadian banjir ini. Dan iringilah doa agar banjir ini akan bertambah pulih dan tiada lagi mangsa korban yang seterusnya. Amiin.
Allahyarham Nur Irshah Rosli, 9 tahun
Allahyarham Awwad Hakimi Rudaini, 7 tahun
Allahyarham Sharifah Syukor, 8 tahun
Allahyarham Siti Nadia Syukor, 13 tahun
Semoga ahli keluarga tabah dan redho atas dugaan Allah ini.
Sementara itu, Negeri Pahang dijangka akan menerima bencana banjir yang lebih buruk berbanding tahun lalu berasaskan kepada perkembangan yang berlaku di utara tanahair.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata , sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.
Penduduk dikawasan ini ambillah langkah awal dan pantau pergerakan anak kecil dan adik-adik anda.
p/s. Takziah juga diutuskan kepada keluarga mangsa letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang kini dilaporkan mencecah 76 orang.





