Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

TRANSFER

RYO MIYAICHI SERTAI ARSENAL


Ryo Miyachi akan menyertai Arsenal pada Januari 2011 dan dijangka akan ditawarkan kontrak selama 4 tahun sehingga 2015.

Bermain sebagai penyerang, pemain ini menjalani tempoh percubaan dengan Arsenal bulan lepas selepas mewakili Jepun dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Nigeria tahun lalu.

Pada Ogos lalu, Miyachi menampilkan permainan yang memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan antara Arsenal-Borham Wood yand disaksikan oleh Pat Rice, Boro Primorac dan Ivan Gazidis. Dalam perlawanan ini Arsenal menang 3-0.

Dalam Arsenal.com, Wenger menyatakan kegembiraannya dapat mengikat Miyachi yang menjadi buruan beberapa kelab ternama dunia,

“I am delighted Ryo will be joining us in the New Year.
“He trialled with us in the summer and has raw ability which has attracted many clubs around the world.
“I look forward to helping him fulfil his potential here at Arsenal.”


EDUARDO DA SILVA MENINGGALKAN ARSENAL

 

“Beberapa hari ni sangat-sangat emosional bagi saya. Walaupun kira excited jugakla kan untuk menempuh cabaran baru bersama kelab baru saya Shakhtar Donetsk, saya tetap sedih gila jugak meninggalkan Arsenal ni. Tiga tahun beb saya kat sini. Sedey bai. Arsenal kelab bolasepak yang sangat istimewa dan gerenti saya mesti rindula ramai orang yang baik-baik kat sini – rakan sepasukan, staff dan semestinya penyokong-penyokong Arsenal.”

” Saya teringin nak mengucapkan trimas. Tau tak trimas ni? Ni shortcut untuk terima kasih la ni untuk semua, semua-semuala yang menyokong saya semasa berada di Arsenal. Semasa mula-mula saya datang ke England ni, sepatah haram pun saya tak tau nak cakap English. Siapa-siapa pun saya tak kenal. Tapi sejak kedatangan saya mula-mula lagi tu saya dilayan seperti berada ditempat sendiri dan dilayan bagai keluarga sendiri. Terharu beb. Juga, saya nak mengucapkan trimas juga kepada penyokong Arsenal – anda semua sangat baik terhadap saya dan sentiasa sorakkan nama saya dan saya tak akan melupakan ini semua.”

“Saya berdepan saat-saat yang sukar dengan kecederaan saya, tapi Arsenal sentiasa bersama saya – staf medik, staf pengurusan, pemain dan penyokong. Terima kasih semua. Walaupun saya dah meninggalkan kelab ni, Arsenal sentiasa bersemadi di hati ini. Serius ni bai. Saya akan sentiasa mengikuti keputusan perlawanan Arsenal dan sudah pasti, saya mendoakan agar Arsène Wenger dan rakan-rakan di Arsenal berjaya pada musim depan dan pada masa-masa yang mendatang.”




Penyerang Croatia Eduardo da Silva memilih untuk meniggalkan Arsenal dan menyain kontrak dengan Juara Liga Ukrain kelab Shakhtar Donetsk selama empat tahun. Eduardo tiba di London pada musim 2007-2008 dari Dinamo Zagreb. Pada musim pertamanya di Arsenal Eduardo mengalami kecelakaan yang dasyat pada Februari apabila kakinya retak, anklenya (ankle dalam bahasa melayu apa heh?) hampir tercabut, menyebabkan dia terlepas beraksi untuk negaranya pada kempen Euro 2008 dan tidak beraksi untuk The Gunner hampir setahun.

Setelah sembuh beliau kembali gagah dan menjaringkan banyak gol-gol penting untuk Arsenal terutamnya pada Piala FA. Semua sekali selama tiga musim bersama Arsenal, Eduardo membuat 67 penampilan dan menjaringkan 20 gol bersama Arsenal – dalam semua kejohanan. Kenyataan rasmi daripada Kelab mengenai perpindahan Eduardo menyebut, “Everyone at Arsenal would like to thank Eduardo for his contribution towards the club and wishes him the best of luck for the future.”