UCL 2010/11: BARCELONA 3-1 ARSENAL EXTENDED VIDEO HIGHLIGHTS, AH.. I DON’T MIND WE LOSING THIS!
Many will say that the referee was the cause of our team losing so pathetically. But I wouldn’t buy that considering the way we play for the whole match. I don’t want to talk about that stupid red card BUT if Van Persie do stay on the pitch I doubt that Arsenal will ever turn the game.
Barcelona was great. They dominate the game while we’re just chasing shadows.
I was surprise to the inclusion of Rosicky playing the right wing. And to put Arshavin on the bench? Wenger why?
There are sometimes Wenger’s decision for the starting line-up really confound me and being unable to correct things on the second half make me even frustrated.
But still I rather we lose this than the FA Cup and the EPL Title.
We will facing Manchester United in the FA Cup Quarter-Final this Sunday. Should we win this, then only Manchester City the big obstacle ahead. We have a great record with Man City. We have to win this FA Cup.

At the moment, Man Utd are 3 points above us in the EPL race. And we have one game in hand. Should we win the game against West Brom on 19 March with 4 goal margin then we’re top of the league. After that with only 9 more games to play, the EPL title are ours to lose. We have to win all the remaining games.
This two big tasks, once we’ve completed successfully; will erase the bad memory of losing so pathetically against Barcelona last night.
Go Gunners!
Here’s the UCL Barcelona 3-1 Arsenal Extended Video highlights.
Alternate Video
EPL 2010/11 : WOLVES 0-2 ARSENAL, ANALISIS PERLAWANAN, FULL HIGHLIGHTS

Setelah dikritik hebat oleh andimazlan.com akibat kemarau gol dan persembahan buruk, Chamakh akhirnya memberi respond apabila menjaringkan dua gol untuk memberi Arsenal tiga mata berharga. Gol pertama dijaringkan pada minit awal perlawanan sementara gol kemenangan dihasilkan pada minit akhir perlawanan.
Sementara itu, Manchester Utd dan Manchester City seri dan Chelsea terus mencatat tiga mata apabila menang keatas Fulham 1-0

ANALISIS PERLAWANAN
1. Gol awal Chamakh membuatkan kami merasa rileks menikmati aksi The Gunners pada separuh masa pertama, malah sempat menghabiskan kek coklat pisang Secret Recipe sumbangan isteri CIO andimazlan.com.
2. Memasuki minit ke-50, tiba-tiba tekanan darah kami bertukar menjadi turun naik, dan keselesaan menikmati perlawanan pada separuh masa pertama tadi telah bertukar menjadi suasana yang resah dan gelisah.
3. Kami menghidu bahaya apabila, Wolves menguasai babak kedua perlawanan dan mencipta gerakan berbahaya ke gol Arsenal.
4. Keperwiraan Fabianski yang banyak menyelamatkan gerakan merbahaya Wolves masih belum cukup apabila The Gunners masih mencari-cari gol kedua.
5. Kelihatan Nasri, Walcott dan Bendtner sedang melakukan larian setempat untuk memanaskan badan berkemungkinan untuk dimasukkan
6. Gol kedua belum dijaringkan, masa sudah menunjukkan minit ke-75
7. Fabregas dilayangkan KAD MERAH! Adakah..?? Ref melayangkan kad kuning.
8. Wolves terus mengasak kubu Arsenal, kelam kabut dibarisan pertahanan. Arggh!
9. Wolves menyerang lagi!
10. Minit ke-90, (kami berharap agar ref memberi 1 minit sahaja masa tambahan). Tekanan darah kami kian memuncak. Harapan kami ternyata sia-sia apabila empat minit diberikan untuk masa tambahan kepada Wolves.
11. Peristiwa Darrent Bent menjaringkan gol ketika seri dengan Sunderland pada minit terakhir menerpa memory kami.
12. Wenger juga kelihatan gelisah. Beliau mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan masa dengan ingin membuat pertukaran pemain. Nasri dan Bendtner menanti untuk masuk ke padang.
13. Disaat yang sangat genting dan kucar kacir, Berra berjaya mendapat peluang.. adakah??
14. Berra melakukan tendakan padu kaki kiri.. bola bergerak pantas ke arah kiri pintu gol.. adakah??
15. YEAY!!! Fabianski save. Save!! That save. That save! Is the equivalent of a penalty save. Top game Lukasz, you’re not far away from winning everyone over.
16. Chamakh menjaringkan gol kemenangan.
17. Nasri dan Bendtner terkontang-kanting di tepi padang menanti untuk masuk kepadang. (Masa tinggal 5 saat untuk ditamatkan.)
18. Kami kembali ceria. Walaupun sebenarnya hampa dengan persembahan Arsenal.
19. Hampa dalam ceria.
AKSI








HIGHLIGHT
FULL HIGHLIGHT
Gol pertama Chamakh
Wolverhampton 0-1 Arsenal
Aksi penyelamat Fabianski dan Gol kedua Chamakh
Wolverhampton 0-2 Arsenal
EPL 2010/11 : ARSENAL 0-1 NEWCASTLE UTD, ANALISIS PERLAWANAN, HIGHLIGHTS

Malam yang mengecewakan untuk Arsenal.
Kekalahan ini menyebabkan Arsenal ketinggalan 3 mata kepada Manchester United dan kemungkinan 8 mata kepada pendahulu Chelsea (sekiranya menang menentang Liverpool sebentar lagi). Koscileny dilayangkan kad merah menambah derita Gunners. Dah nasib!

Analisis perlawanan.
1. Fabregas bermain dengan buruk pada malam ini.
2. Arsene terlalu obses dengan Wilshere. Sepatutnya Wilshere tidak diturunkan dalam starting eleven.
3. Walcott sepatutnya dikeluarkan pada separuh masa kedua digantikan dengan Arshavin.
4. Ketinggalan pada separuh masa pertama, Arsenal bermain long ball sepanjang masa kedua. Kenapa?
5. Chamakh bermain buruk.
6. Newcastle bermain dengan baik. Credit to them.
7. Arsene tidak melihat proposed line-up andimazlan.com
Arsenal 0-1 Newcastle (7 Nov 2010) Highlights
LIVERPOOL vs ARSENAL (1-1) – FULLTIME, FULL HIGHLIGHTS
Telah dua hari kejadian ini berlalu pergi namun kritikan pedas terus dilemparkan kepada Arsène dan skuad The Gunners atas persembahan di Anfield yang berakhir dengan keputusan Liverpool menjaringkan kedua-dua gol perlawanan.
Bermain menentang 10 pemain Liverpool pada separuh masa kedua sudah tentu memberi kelebihan ke atas Arsenal, namun sebaliknya yang berlaku.
Atas nasihat Pat Rice penolong pengurus Arsenal yang juga bertindak selaku penasihat bersekutu kepada FULLTIME di andimazlan.com, kami diminta menepis segala caci-maki-hamun dan kata-kata nista yang telah dilemparkan oleh peminat-peminat Arsenal sendiri terhadap mutu persembahan menentang Liverpool tersebut, dengan mencari unsur-unsur poti positif pada perlawanan pembukaan itu.
Maka setelah menghadiri rundingan meja bulat bersama Pat malam semalam, kami meneliti secara terperinci 90 minit permainan dan menyelusuri segenap sudut padang rumput di Anfield dengan mengambil sampel tanah di stadium tersebut dan menghitung satu persatu jumlah penonton wanita bujang yang menyaksikan perlawanan tersebut kami dapat mengesan lebih kurang 1,158 unsur poti positif terhadap mutu persembahan The Gunners dari perlawanan yang kita bincangkan diatas. Maka diharap dengan hasil kajian kami yang mendalam ini akan membuka mata anda yang masih lagi berpendirian teguh mengkritik mutu permainan pemain kita melawan Liverpool itu.
Poti Positif:
1. Golkeeper
Rata-rata peminat mengeji sifat Almunia apabila berada di depan gawang gol Arsenal terutama sekali ketika set-piece oleh pihak lawan walaupun sebenarnya Almunia yang kami kenali ini bersifat baik hati, pemalu dan terror kungfu apabila berada diluar padang. Kemarahan peminat terhadap Almunia makin memuncak pada perlawanan ini apabila Almunia didapati telah melakukan lompatan tarzan secara membabi-buta dihadapan gawang. Walhal beliau sendiri tahu melakukan lompatan ini adalah menyalahi etika kegolkeeperan. Sungguhpun demikian, terdapat aura poti positif pada persembahan Almunia malam semalam terutamanya ketika dengan selamba menepis bola deras sepakan percuma Stephen Gerrard, kapten pasukan Liverpool. Sepakan deras Gerrard ini yang berukuran 15 skala ritcher dari aras laut amat menggugat kedudukan Arsenal pada ketika itu namun dapat diselamatkan oleh Almunia. Syabas Almunia! Setelah mendapat pengesahan daripada Wenger bahawa Almunia akan menjadi no.1 di Emirates (sekurang-kurangnya hingga pertengahan musim) dan kenyataan Wenger bahawa tidak akan meneruskan minat terhadap Schwazer sudah pasti serba sedikit akan menaikkan semangat 1Arsenal dalam diri sahabat kita ini iaitu Manuel Almunia.
2. Gandingan Koscielny + Vermaelen
Sungguhpun menerima kad merah pada penampilan sulung, Koscielny mempamerkan permainan yang membanggakan dan menunjukkan keserasian seperti pinang dibelah dua dalam berpasangan dan berhubungan dengan Vermaelen. Koscielny juga dilihat menerapkan unsur-unsur seni perang Sun-Tzu didalam corak pertahanannya apabila beliau dikesan menyerang ke bahagian sulit lawan dimana Dirk Kuyt menjadi mangsanya yang pertama di EPL. Ini merupakan satu tindakan bijak dan poti positif menurut pengamatan kami. Kemasukan Torres atas desakan Hodgson pengurus Liverpool pada babak akhir juga berjaya dikekang oleh anak muda yang nama sebenarnya ialah Laurent Koscielny ini. “Begitu hebat sekali pemuda ini”, berkata Wenger di dalam hatinya namun dapat kami dengari jua dan terus kami laporkan kepada anda.
3. Diaby + Eboue + Nasri + Wilshere
Apabila mendapat pengesahan sms dari Wenger bahawa beliau akan menurunkan Diaby sebagai DM dan Wilshere sebagai AM, kami disini turut kecut perut. Lebih-lebih lagi Diaby yang tidak pernah beraksi sepanjang kempen pra-musim. Namun Diaby dapat menggalas tugas dengan baik walau terdapat hantaran yang tersasar. Normal tu.
Walaupun tidak sehandal ketika saingan Emirates Cup, Nasri dan Whilsere menyempurnakan tugas dengan baik dan sekiranya keduanya dapat melakukan hantaran-hantaran jauh dan tepat dan bukannya membawa bola ketengah-tengah centre back Liverpool sudah tentu Chamakh tidak berasa terasing dalam sepi.
4.Rosicky
Rosicky menunjukkan kualiti sebenar. Mencipta peluang dengan daya kreativiti yang tidak ditunjukkan oleh Nasri dan Wilshere. Sekiranya digandingkan dengan Eboue pada malam semalam sudah pasti mencipta lebih banyak peluang untuk Arsenal.
5.Chamakh
Wait and see. There’s more to come.
Heck. Why so negative? Persembahan memang dibawah tahap sebenar tapi kita telah melalui antara perlawanan yang sengit dengan mendapat 1 mata. Don’t expect United or Chelsea to come away easy this season at Anfield with Hodgson in charge.
Kepada Gunners yang tidak sempat melihat perlawanan ini kerana orang rumah ajak tidur awal untuk bangun bersama-sama bersahur pada pukul 5.. Maka kami siarkan disini aksi-aksi suspens dan mendebarkan sepanjang perlawanan termasuklah gol menarik Reina. Saksikan.
Liverpool – Arsenal 1 1 [15.08.2010] [Canal+]
Uploaded by mexicas18. – Check out more sports and extreme sports videos.
EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN
EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN HIGHLIGHTS
Perlawanan pertama Arsenal di Emirates berakhir dengan keputusan yang kurang memberangsangkan apabila sekadar seri 1-1 dengan AC Milan dalam perlawanan Piala Emirates 2010 walaupun The Gunners menguasai perlawanan dan mencipta banyak gerakan dan peluang-peluang yang menarik.
Piala Emirates ialah acara tahunan pra-musim yang dianjurkan Arsenal sebagai persediaan pemanas badan sebelum mengharungi cabaran Liga Perdana. Tahun ini Piala Emirates disertai oleh Arsenal, AC Milan, Lyon dan Celtic.
Marouane Chamakh mencuri tumpuan peminat dengan persembahan menarik bukan sahaja dengan jaringan gol tetapi dengan komitmen, teknik dan tahap kecerdasan yang ditunjukkan. Tapi yang mencuri tumpuan dan menimbulkan persoalan di kepala kami di sini ialah adakah Marouane Chamakh ini sepupu belah emak kepada Cristiano Ronaldo?. Muka sama sioot!
Berbalik kepada perlawan malam semalam, persembahan Samir Nasri dan Emmanuel Frimpong pada perlawanan ini sangat-sangat mengujakan kami dengan persembahan dalam kelas yang berbeza. Frimpong menggalas tugas sebagai jentera tengah dengan berkesan sekali dan seharusnya diberi peluang lebih banyak untuk beraksi dalam saingan liga. Dalam pada itu, bekas pemain Arsenal Mathieu Flamini yang mewakili AC Milan disambut dengan hambar oleh peminat The Gunners apabila diboo setiap kali mendapat bola.
Fabianski: 6 – Betul kata kawan saya, kenapa golkeeper selalu maju setapak kemudian undur semula dua tapak ketika menjaga gawang ketika sepakan percuma? You either get out and make sure to punch the ball or stay put and focus on the ball.
Vermaelen (Captain) and Koscielny: 7.5 – Kedua pemain membentuk pasangan yang solid di bahagian centre backs. Hadangan Koscielny kekita Pato melakukan larian solo memang vital. Sementara kehadiran Vermaelen di kotak penalti lawan ketika sepakan sudut memang menjadi senjata sulit The Gunners.
Sungguhpun demikian, bagaimana gol penyamaan AC Milan boleh terhasil, kedua-dua pemain ini perlu melakukan post-mortem.
Gibbs: 7.5 – Gibbs beraksi dengan mantap. Posisi Clichy mungkin akan tergugat. Banyak gerakan Arsenal bermula dari posisi ini.
Eboue: 6.5 – Beraksi dengan baik terutama apabila melakukan larian kehadapan namun terpaksa bekerja keras untuk mengekang kepantasan Pato.
Rosicky: 6 – Terkejut apabila Rosicky disenaraikan untuk bermain kerana sebelum ini laporan menyatakan Rosicky cedera. Potongan rambut baru Rosicky lebih menarik perhatian berbanding persembahan malam tadi.
Nasri: 8 – Man Of The Match
Wilshere: 6.5 – Persembahan mantap dengan hantaran cantik.
Frimpong: 7 – Persembahan Frimpong yang cemerlang pada perlawanan pra-musim diteruskan dalam perlawanan ini. Berdepan bertugas mengekang kemaraan pemain berpengalaman AC Milan seperti Clarence Seedorf, Frimpong tidak menghampakan.
Arshavin: 6.5 – Satu ketika, Arshavin seolah kurang cerdas namun larian solo yang membantu dalam jaringan pertama Arsenal menunjukkan sebaliknya.
Chamakh: 8 – Perlawanan pertama di Emirates, Chamakh mencuri hati peminat dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Kami di sini tidak sabar melihat gandingan Persie-Chamakh.
Sagna: 7 – Sejurus selepas dimasukkan, Sagna tidak menunggu masa yang lama untuk mencipta gerakan berbahaya di bahagian kanan. Sering membantu Nasri dengan hantaran yang tepat.
Clichy: 6.5 – Selain daripada hantaran menarik Clichy kepada Vela, tiada istimewa dengan persembahan Clichy dalam perlawanan ini. Perlu berusaha keras membina stamina dan pacing.
Djourou: 5 – Bermain di posisi tengah untuk Djourou adalah satu pemandangan yang kurang menyenangkan untuk peminat The Gunners. Bayangkan melihat Clichy bermain di posisi striker!
Randall: 4 – How on earth you missed that? Twice?
Walcott: 6 – Semoga Walcott tidak mengikuti jejak Eduardo. Unless he start looking at himself, we’re afraid he’ll be the ‘Most Over-rated Arsenal Player of All Time’.
Vela: 6.5 – Gerakan solo menarik Vela jarang menghampakan. Tapi kami yakin Vela tetap menjadi skuad tetap untuk Piala Carling berbanding Premier League.




