Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

BARCLAY PREMIER LEAGUE 2011/2012

GAMEWEEK 15. PREMIER LEAGUE FANTASY PICK

 

Arteta will start against his old club for the first time. This is going to be a tough game for Arsenal but I am sure we’ll win by two goal margin.

Vermaelen to start at the right back?


GAMEWEEK 14. PREMIER LEAGUE FANTASY PICK

 

Van Persie should bang another hat-trick against Wigan. Arsenal to win 4-0.


JANGAN KATAKAN TIDAK UNTUK NICKLAS KEMBALI – WENGER

 

Arsène Wenger tidak akan menafikan kemungkinan untuk Nicklas Bendtner beraksi semula untuk The Gunners.

Penyerang Denmark itu dikaitkan dengan penghijrahan dari Emirates Stadium sepanjang tempoh perpindahan pemain pada awal musim namun akhirnya mengikat kontrak pinjaman ke Sunderland.

Bendtner – tidak akan beraksi dalam pertemuan Sunderland menentang Arsenal ahad ini – pernah menyatakan bahawa beliau tidak ingin menyarung jersi Arsenal lagi selepas ini. Namun Arsene Wenger mempunyai harapan yang berbeza.

“Dalam bidang ini (bolasepak), anda tidak boleh sesekali katakan tidak,“ katanya. “Anda lakukan apa yang terbaik untuk Kelab anda. Jika memanggil Nicklas Bendtner adalah jalan yang terbaik untuk Kelab, Kelab akan melakukannya.

“Saya amat kenal dengan Nicklas. Saya suka dia sebagai pemain. Saya juga tahu dia suka bercakap tetapi itu adalah sebahagian dari personalitinya. Anda tidak boleh mengambil personaliti itu dari dirinya.

“Ini tidak bergantung semata-mata dari Kelab, ianya bergantung dari diri beliau juga. Namun kita belum menentukan kata putus – perjalanan masih jauh. Sekarang Nicklas berada di Sunderland sepanjang musim ini – kita harapkan yang terbaik untuk beliau. Adalah amat penting untuk Nicklas bermain, dia ada kualiti dan dia harus menunjukkan kualiti itu.”


FOKUS UNTUK MENANG PERLAWANAN SETERUSNYA – WENGER

 

Arsène Wenger tidak ingin terlalu memikirkan apa yang kini boleh dicapai oleh Arsenal pada penghujung musim – beliau hanya ingin fokus untuk menang pada perlawanan seterusnya.

Arsène kini telah menyaksikan Arsenal tewas empat kali dalam tujuh perlawanan pertama Arsenal dalam Premier League dan kini berada pada kedudukan ke-15.

Arsenal akan kembali beraksi pada Ahad ini berdepan dengan Sunderland di Emirates Stadium dan, ketika sidang akhbar pra-perlawanan, Wenger ditanya apakah sasaran beliau untuk Arsenal untuk kempen musim ini. Beliau menyatakan bahawa hanya ada satu buat masa ini.

“Apa yang boleh kita harapkan dan yang boleh kita capai adalah untuk menang perlawanan seterusnya,” kata Wenger.

“Kini sudah tujuh perlawanan, kita menghadapi perlawanan yang sukar ditempat lawan. Saya yakin kita ada potensi yang baik, kita boleh bina semula pasukan ini dan sudah tentu kita agak terjejas di pembukaan musim ini yang mengecewakan. Tapi kita hanya mahu fokus untuk jangka masa pendek buat masa ini, kita tidak berada pada kedudukan yang sesuai untuk membuat perancangan jangka masa panjang.”

Keyakinan diri adalah komoditi yang rapuh dalam bolasepak dan Wenger telah bekerja keras dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memastikan keyakinan diri pemain berada pada tahap tertinggi. Wenger cukup yakin pada pemainnya dan masa depan mereka.

“Anda tidak boleh menyatakan bahawa keyakinan pemain berada pada tahap tertinggi setelah kalah dalam perlawanan yang besar. Keyakinan sudah tentu akan terjejas tapi kita masih percaya pada corak permainan kita dan bagaimana kita mengawal diri,’ katanya.

“Dengan keyakinan kita berjuang untuk mendapatkan kembali kemenangan. Sebelum kekalahan kepada Tottenham kita dapat keputusan yang baik dalam perlawanan-perlawanan sebelum itu dan banyak perkara positif yang telah kita dapat. Kita harus memberi respon segera sekarang kerana perbezaan mata amat besar antara kita dengan pasukan di puncak liga dan kita mahu mengurangkan jarak mata itu secepat yang mungkin.


BPL 11/12: ARSENAL 0-2 LIVERPOOL VIDEO HIGHLIGHTS, KEKALAHAN PERTAMA + KAD MERAH KEDUA

 

Imagine my shock bila team sheet ditayangkan, Bacary Sagna akan bermain posisi bek kiri. Aku rasa memang ada something wrong dengan ini Wenger! Degil tak mau beli defender. Berani mati punya orang! But that’s why I love Arsene and Arsenal! Aku bisa saja sokong Manchester City kelab terkaya atau pindah cinta pada Queens Park Rangers (team pilihan aku setiap kali bermain Football Manager, tahun 2015 juara Champions League ni! ikut game Football Manager yang aku main tulah) yang kini milik Tony Fernandes billionaire kaya. Falsafah Wenger memang tak semua faham but he wasn’t known ‘Le Professeur’ for nothing you know!

Betapa struggle Sagna pada tugas baru ini, tidak ada satu cross ataupun hantaran berkualiti dari beliau dalam match tadi. To make matter worse, the man who should link together with Sagna bermain macam dodol alias samdol iaitu tak lain tak bukan Mr Andrey Arshavin. Kelemahan di bahagian sayap dimanipulasi dengan baik oleh Liverpool dengan larian-larian pantas oleh Downing, Jose Enrique dan Carroll yang menanti crossing berbahaya ke kotak penalti Arsenal.

Sungguhpun demikian, Szczesny bermain cemerlang malam tadi dan gandingan Vermaelen dan Miquel yang menggantikan Koscielny bermain dengan baik sekali. Emmanuel Frimpong juga menunjukkan permainan yang berkualiti sehinggalah tragedi kad merah yang melanda. Nasri diturunkan malam ini dan mungkin menjadi perlawanan yang terakhir untuknya bersama The Gunners. Namun tiada impak yang berkesan selain larian solo dari kawasan Arsenal yang disudahi dengan tendangan lencong yang tersasar. I’m not impressed though!

Sungguh hampa sekali dibahagian serangan, van Persie, Walcott dan Mr Andrey Arshavin gagal melakukan percubaan berbisa yang boleh dibanggakan.

Separuh masa pertama Arsenal 0-0 Liverpool.

Kad merah Frimpong menjadi titik mula Liverpool mengekploitasi perlawanan dan sejurus itu Kenny Dalglish memasukkan Suarez dan Meireles. Kedua pemain ini bertanggungjawab dalam kedua-dua gol Liverpool.

Gol pertama Liverpool ihsan dari Ramsey. Meireles cuba menghantar bola kepada Suarez yang nyata berada pada kedudukan offside. Miquel berjaya membuat interception namun dalam keadaan tekanan, membuat clearance yang terkena badan Ramsey dan terus masuk ke gawang Gunners. Ouchh!

Kekalahan malam ini sesuatu yang membimbangkan apatah lagi dengan situasi kecederaan dan penggantungan pemain utama menjelang perlawanan Manchester United.

Cedera : Gibbs, Koscielny, Jenkinson, Wilshere, Rosicky, Diaby, Traore
Gantung perlawanan: Song, Gervinho, Frimpong

Tinggal seminggu lagi tempoh transfer window akan dibuka. As loyalist as I am, aku tetap berharap juga Arsene Wenger membeli 3 lagi pemain baru musim ini. I mean world class player!

Man of the match: Emmanuel Frimpong

Arsenal 0-1 Liverpool

liver1046

Arsenal 0-2 Liverpool

liver2057

Full highlight Arsenal 0-2 Liverpool


BPL 11/12: ARSENAL V LIVERPOOL FAVOURITE LINE-UP, DILEMA POSISI BEK KIRI

Favourite line-up menjelang Arsenal V Liverpool, Sabtu, 20 Ogos 2011.

Kecederaan Gibbs, Traore, Djourou, dan penggantungan 3 perlawanan untuk Song menjadikan posisi bek kiri berada dalam persimpangan dilemma.
Jenkinson mengisi posisi ini ketika bertemu Udinese dalam kelayakan UEFA Champions League rabu lalu tetapi aksinya tidak begitu memberangsangkan. He’s just too slow!!

Should Eboue still here, aku rasa dia layak mengisi posisi ini. (Arsenal wouldn’t be the same without Eboue). Sedih aku Eboue telah pergi.
Squillaci kini seperti menjadi liabiliti kepada Arsenal dan Arsene sedar hakikat ini dan peluang Squillaci bermain untuk malam ini adalah 60/1.

Dibahagian midfield, ketiadaan Song dan Wilshere bakal diisi oleh Frimpong dan Rosicky. (Even though Rosicky kini seakan kehilangan sentuhan ‘the little mozart’), tetapi sekurangnya pengalaman beliau boleh mendorong Frimpong dan Ramsey.

Perlawanan ini amat memberikan impak untuk perjalanan Arsenal seterusnya apatah lagi akan bertemu Manchester United minggu depan. Namun aku merasa semacam feeling lain untuk perlawanan ini. Maka aku predict Arsenal gagal untuk mengutip 3 mata penuh malam ini. Sekadar seri 0-0. Itu ramalan aku.

Sebenarnya feeling aku lain macam sebab aku terbahagi dua. Nak tengok match ni atau terpaksa skip terawih malam ni? Betapa berat dilema yang melanda diriku kini.