ARSENAL KITS FOR SEASON 2012/2013?
Terbaca khabar-khabar angin yang bertiup kencang dalam internet dalam sebulan ini bahawa Nike telah mengeluarkan prototype untuk Jersi Arsenal yang akan digunakan pada musim 2012/2013 depan.
Jersi ‘Home’ mengekalkan warna rasmi merah termasuk dibahagian kolar dan warna putih untuk bahagian lengan. Terdapat jalur merah dibahagian lengan kanan dan jalur biru gelap dilengan kiri.
Jersi ‘Away’ pula akan menampilkan jersi berjalur horizontal antara warna maroon dan hitam.
GAMEWEEK 15. PREMIER LEAGUE FANTASY PICK
Arteta will start against his old club for the first time. This is going to be a tough game for Arsenal but I am sure we’ll win by two goal margin.
Vermaelen to start at the right back?
GAMEWEEK 14. PREMIER LEAGUE FANTASY PICK
Van Persie should bang another hat-trick against Wigan. Arsenal to win 4-0.
JANGAN KATAKAN TIDAK UNTUK NICKLAS KEMBALI – WENGER
Arsène Wenger tidak akan menafikan kemungkinan untuk Nicklas Bendtner beraksi semula untuk The Gunners.
Penyerang Denmark itu dikaitkan dengan penghijrahan dari Emirates Stadium sepanjang tempoh perpindahan pemain pada awal musim namun akhirnya mengikat kontrak pinjaman ke Sunderland.
Bendtner – tidak akan beraksi dalam pertemuan Sunderland menentang Arsenal ahad ini – pernah menyatakan bahawa beliau tidak ingin menyarung jersi Arsenal lagi selepas ini. Namun Arsene Wenger mempunyai harapan yang berbeza.
“Dalam bidang ini (bolasepak), anda tidak boleh sesekali katakan tidak,“ katanya. “Anda lakukan apa yang terbaik untuk Kelab anda. Jika memanggil Nicklas Bendtner adalah jalan yang terbaik untuk Kelab, Kelab akan melakukannya.
“Saya amat kenal dengan Nicklas. Saya suka dia sebagai pemain. Saya juga tahu dia suka bercakap tetapi itu adalah sebahagian dari personalitinya. Anda tidak boleh mengambil personaliti itu dari dirinya.
“Ini tidak bergantung semata-mata dari Kelab, ianya bergantung dari diri beliau juga. Namun kita belum menentukan kata putus – perjalanan masih jauh. Sekarang Nicklas berada di Sunderland sepanjang musim ini – kita harapkan yang terbaik untuk beliau. Adalah amat penting untuk Nicklas bermain, dia ada kualiti dan dia harus menunjukkan kualiti itu.”
FOKUS UNTUK MENANG PERLAWANAN SETERUSNYA – WENGER
Arsène Wenger tidak ingin terlalu memikirkan apa yang kini boleh dicapai oleh Arsenal pada penghujung musim – beliau hanya ingin fokus untuk menang pada perlawanan seterusnya.
Arsène kini telah menyaksikan Arsenal tewas empat kali dalam tujuh perlawanan pertama Arsenal dalam Premier League dan kini berada pada kedudukan ke-15.
Arsenal akan kembali beraksi pada Ahad ini berdepan dengan Sunderland di Emirates Stadium dan, ketika sidang akhbar pra-perlawanan, Wenger ditanya apakah sasaran beliau untuk Arsenal untuk kempen musim ini. Beliau menyatakan bahawa hanya ada satu buat masa ini.
“Apa yang boleh kita harapkan dan yang boleh kita capai adalah untuk menang perlawanan seterusnya,” kata Wenger.
“Kini sudah tujuh perlawanan, kita menghadapi perlawanan yang sukar ditempat lawan. Saya yakin kita ada potensi yang baik, kita boleh bina semula pasukan ini dan sudah tentu kita agak terjejas di pembukaan musim ini yang mengecewakan. Tapi kita hanya mahu fokus untuk jangka masa pendek buat masa ini, kita tidak berada pada kedudukan yang sesuai untuk membuat perancangan jangka masa panjang.”
Keyakinan diri adalah komoditi yang rapuh dalam bolasepak dan Wenger telah bekerja keras dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memastikan keyakinan diri pemain berada pada tahap tertinggi. Wenger cukup yakin pada pemainnya dan masa depan mereka.
“Anda tidak boleh menyatakan bahawa keyakinan pemain berada pada tahap tertinggi setelah kalah dalam perlawanan yang besar. Keyakinan sudah tentu akan terjejas tapi kita masih percaya pada corak permainan kita dan bagaimana kita mengawal diri,’ katanya.
“Dengan keyakinan kita berjuang untuk mendapatkan kembali kemenangan. Sebelum kekalahan kepada Tottenham kita dapat keputusan yang baik dalam perlawanan-perlawanan sebelum itu dan banyak perkara positif yang telah kita dapat. Kita harus memberi respon segera sekarang kerana perbezaan mata amat besar antara kita dengan pasukan di puncak liga dan kita mahu mengurangkan jarak mata itu secepat yang mungkin.
SELAMAT DATANG KE ARSENAL ‘JU’ YOUNG PARK
Penyerang kebangsaan Korea Selatan, Chu Young Park akhirnya menandatangani kontrak bersama Arsenal dari kelab Perancis AS Monaco.
Ketua pasukan Korea Selatan yang berumur 26 tahun itu telah menjaringkan 25 gol dalam 91 penampilan untuk AS Monaco sepanjang 3 musim dalam Ligue 1.
Bekas Pemain Muda Terbaik Asia itu melakukan penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan Korea Selatan pada usia 19, dan telah beraksi pada Piala Dunia 2006 dan 2010. Chu Young kini menggantikan Ji Sung Park sebagai kapten pasukan kebangsaan sejak awal tahun ini.
Pengurus Arsenal, Arsène Wenger berkata: “Kami amat gembira dapat mengikat Chu. Beliau akan menambah kualiti pada jentera serangan kita dan menjadi aset berharga dalam skuad The Gunners.”
Chu Young Park berkata: “Saya rasa amat bertuah dan gembira untuk berada di Arsenal. Ianya menjadi impian untuk berada disini dan saya amat berbangga untuk menjadi pemain Arsenal. Sekarang saya hanya ingin menunjukkan kehebatan saya dan membuktikan pada diri sendiri.”
“Pada pendapat saya Arsenal adalah sebuah kelab yang hebat, kini saya ingin menunjukkan apa yang saya boleh lakukan di padang. Saya akan buat yang terbaik, tidak akan berputus asa, menunjukkan keazaman, memberi segala-galanya dan saya berharap [peminat] akan menyokong saya.”
Penyerang ini lebih selesa dipanggil ‘Ju’ dan akan menggunakan nama J. Y. Park untuk nama pada jersi Arsenal. Chu Young Park akan menyarung jersi No. 9.
Selamat datang Chu Young Park.!
UCL 11/12: UDINESE V ARSENAL FAVOURITE LINE-UP

Our favourite line-up untuk saingan timbal balik Uefa Champions League menentang Udinese subuh ini.
Arsenal membawa kelebihan 1 gol ditempat sendiri namun media-media sukan barat kebanyakannya meramal Udinese akan mara.
Setelah berita perpindahan Samir Nasri ke Manchester City diconfirmkan, Arsenal terus dicondemn bahawa akan mengalami zaman kejatuhan sepertimana yang berlaku keatas Libya pada hari ini. (Masuk politik antarabangsa sekejap: Pasukan pemberontak Libya kini mengepung kediaman Muaamar Gaddafi, sementara Gaddafi dilaporkan sedang bersembunyi.)
Kembali ke Arsenal: Kemenangan Arsenal amat diperlukan untuk mem-boost moral pemain, Arsene dan fans yang tidak sabar untuk melihat Arsenal membawa masuk seorang dua pemain bertaraf bintang ke Emirates , untuk bertembung dengan Manchester United pada hujung minggu ini.
Favourite line-up ini adalah muka biasa dalam kesebelasan utama kerana keseriusan perlawanan ini tidak boleh dipandang enteng.
Arsene diramal akan menurunkan Jenkinson dibahagian kanan sementara Sagna di bahagian kiri, namun kami berniat sebaliknya.
Frimpong yang akan menjalani penggantungan dalam Liga BPL akan diturunkan, sementara Gervinho akan mengambil tempat Arshavin ketika bertemu Liverpool.
Kami tidak melihat perlawanan ini sebagai sesuatu misi sukar walaupun media barat memberikan spekulasi berbeza.
Ramalan : Arsenal akan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah dengan kemenangan 2-1. Aggregate 3-1.
BPL 11/12: ARSENAL 0-2 LIVERPOOL VIDEO HIGHLIGHTS, KEKALAHAN PERTAMA + KAD MERAH KEDUA

Imagine my shock bila team sheet ditayangkan, Bacary Sagna akan bermain posisi bek kiri. Aku rasa memang ada something wrong dengan ini Wenger! Degil tak mau beli defender. Berani mati punya orang! But that’s why I love Arsene and Arsenal! Aku bisa saja sokong Manchester City kelab terkaya atau pindah cinta pada Queens Park Rangers (team pilihan aku setiap kali bermain Football Manager, tahun 2015 juara Champions League ni! ikut game Football Manager yang aku main tulah) yang kini milik Tony Fernandes billionaire kaya. Falsafah Wenger memang tak semua faham but he wasn’t known ‘Le Professeur’ for nothing you know!
Betapa struggle Sagna pada tugas baru ini, tidak ada satu cross ataupun hantaran berkualiti dari beliau dalam match tadi. To make matter worse, the man who should link together with Sagna bermain macam dodol alias samdol iaitu tak lain tak bukan Mr Andrey Arshavin. Kelemahan di bahagian sayap dimanipulasi dengan baik oleh Liverpool dengan larian-larian pantas oleh Downing, Jose Enrique dan Carroll yang menanti crossing berbahaya ke kotak penalti Arsenal.
Sungguhpun demikian, Szczesny bermain cemerlang malam tadi dan gandingan Vermaelen dan Miquel yang menggantikan Koscielny bermain dengan baik sekali. Emmanuel Frimpong juga menunjukkan permainan yang berkualiti sehinggalah tragedi kad merah yang melanda. Nasri diturunkan malam ini dan mungkin menjadi perlawanan yang terakhir untuknya bersama The Gunners. Namun tiada impak yang berkesan selain larian solo dari kawasan Arsenal yang disudahi dengan tendangan lencong yang tersasar. I’m not impressed though!
Sungguh hampa sekali dibahagian serangan, van Persie, Walcott dan Mr Andrey Arshavin gagal melakukan percubaan berbisa yang boleh dibanggakan.
Separuh masa pertama Arsenal 0-0 Liverpool.
Kad merah Frimpong menjadi titik mula Liverpool mengekploitasi perlawanan dan sejurus itu Kenny Dalglish memasukkan Suarez dan Meireles. Kedua pemain ini bertanggungjawab dalam kedua-dua gol Liverpool.
Gol pertama Liverpool ihsan dari Ramsey. Meireles cuba menghantar bola kepada Suarez yang nyata berada pada kedudukan offside. Miquel berjaya membuat interception namun dalam keadaan tekanan, membuat clearance yang terkena badan Ramsey dan terus masuk ke gawang Gunners. Ouchh!
Kekalahan malam ini sesuatu yang membimbangkan apatah lagi dengan situasi kecederaan dan penggantungan pemain utama menjelang perlawanan Manchester United.
Cedera : Gibbs, Koscielny, Jenkinson, Wilshere, Rosicky, Diaby, Traore
Gantung perlawanan: Song, Gervinho, Frimpong
Tinggal seminggu lagi tempoh transfer window akan dibuka. As loyalist as I am, aku tetap berharap juga Arsene Wenger membeli 3 lagi pemain baru musim ini. I mean world class player!
Man of the match: Emmanuel Frimpong
Arsenal 0-1 Liverpool
liver1046
Arsenal 0-2 Liverpool
liver2057
Full highlight Arsenal 0-2 Liverpool
BPL 11/12: ARSENAL V LIVERPOOL FAVOURITE LINE-UP, DILEMA POSISI BEK KIRI

Favourite line-up menjelang Arsenal V Liverpool, Sabtu, 20 Ogos 2011.
Kecederaan Gibbs, Traore, Djourou, dan penggantungan 3 perlawanan untuk Song menjadikan posisi bek kiri berada dalam persimpangan dilemma.
Jenkinson mengisi posisi ini ketika bertemu Udinese dalam kelayakan UEFA Champions League rabu lalu tetapi aksinya tidak begitu memberangsangkan. He’s just too slow!!
Should Eboue still here, aku rasa dia layak mengisi posisi ini. (Arsenal wouldn’t be the same without Eboue). Sedih aku Eboue telah pergi.
Squillaci kini seperti menjadi liabiliti kepada Arsenal dan Arsene sedar hakikat ini dan peluang Squillaci bermain untuk malam ini adalah 60/1.
Dibahagian midfield, ketiadaan Song dan Wilshere bakal diisi oleh Frimpong dan Rosicky. (Even though Rosicky kini seakan kehilangan sentuhan ‘the little mozart’), tetapi sekurangnya pengalaman beliau boleh mendorong Frimpong dan Ramsey.
Perlawanan ini amat memberikan impak untuk perjalanan Arsenal seterusnya apatah lagi akan bertemu Manchester United minggu depan. Namun aku merasa semacam feeling lain untuk perlawanan ini. Maka aku predict Arsenal gagal untuk mengutip 3 mata penuh malam ini. Sekadar seri 0-0. Itu ramalan aku.
Sebenarnya feeling aku lain macam sebab aku terbahagi dua. Nak tengok match ni atau terpaksa skip terawih malam ni? Betapa berat dilema yang melanda diriku kini.
CESC FABREGAS SOLER OLEH KEROVIN
Potret Cesc Fabregas hasil lukisan Kerovin Black based in UK, London. Cool!
Wait until you see her ‘Sagna’ and ‘Arshavin’ works. Masterpiece!
ARSENAL ASIA TOUR 2011: SESI LATIHAN TERTUTUP DI STADIUM SHAH ALAM
Memandangkan CCTV dan kamera tidak dibenarkan dibawa masuk sempena latihan tertutup Arsenal di Stadium Shah Alam, Arsenal.com sudi membenarkan beberapa foto eksklusif disiarkan kepada anda. Aku ada datang sini hari tu tapi sheht! diorang tak bagi ambik gambar..
EPL 2010/11: ARSENAL 1-1 LIVERPOOL HIGHLIGHTS
Dua mata berharga dirampas dengan kejam oleh pengadil apabila menghadiahkan sepakan penalti untuk Liverpool pada masa kecederaan. I wont forget this match!!
EPL 2010/11: ARSENAL VS LIVERPOOL, FAVOURITE LINE-UP AND SEASON-DEFINING WEEK

FAVOURITE LINE-UP
Sczcesny, Djourou, dan Song dijangka akan kembali namun Sagna masih belum 100% fit.
Lets start with Arshavin, Cesc and Nasri in attacking midfield.
Luis Suarez dan Andy Carroll perlu diberi kekangan yang maksimal.
Ingat lagi Andy Carrol Newcastle?
SEASON-DEFINING WEEK:
1. Liverpool (Tonight)
2. Tottenham (Wednesday)
3. Bolton (Next Sunday)
Kekalahan Manchester United 0-1 kepada Manchester City dalam pusingan separuh akhir Piala FA malam semalam berkemungkinan:
1. Manchester United kecut perut dan terus mengalami kekalahan demi kekalahan selepas ini. (Arsenal juara)
2. Manchester United muhasabah diri dan mengganas untuk baki perlawanan EPL musim ini. (Arsenal tiada peluang jadi juara)
3. Takda apa berlaku, Manchester United main macam biasa. (Peluang Arsenal 50:50)
Go Gunners. 2-0 for tonight!
EPL 2010/11: BLACKPOOL 1-3 ARSENAL HIGHLIGHTS, LEHMANN SECOND DEBUT.
Arsenal mengutip tiga mata didalam perlawanan yang menarik ini di Bloomfield Road.
Diaby, Eboue dan Van Persie masing-masing menjaringkan gol.
Jens Lehmann melakar penampilan pertama selepas kembali menyarung jersi Arsenal.
EPL 2010/11: BLACKPOOL VS ARSENAL, FAVOURITE LINE-UP, 8 GAMES 24 POINTS.

THE TITLE RACE
Adakah peluang menjuarai EPL sudah tertutup untuk Arsenal?
Menjelang perlawanan ini, The Gunners sudah ketinggalan sepuluh mata walaupun masih ada dua perlawanan dalam tangan termasuk perlawanan menentang Blackpool malam ini. Manchester Utd menewaskan Fulham (2-0) malam semalam.
Kini Arsenal memasuki satu fasa yang amat sukar. Semuanya bermula dengan kemenangan 1-0 keatas Stoke pada 23 Februari lalu. Kemudian segalanya menjadi serba tidak kena untuk Arsenal.
1. Tewas Carling Cup Final (Carling Cup 27.02.2011)
2. Kehilangan 2 mata berharga kepada Sunderland (EPL 05.03.2011)
3. Tersingkir dalam persaingan Uefa Champions League kepada Barcelona (UCL 08.03.2011)
4. Tersingkir dalam saingan suku-akhir Piala FA kepada Manchester United (FA Cup 12.03.2011)
5. Kehilangan 2 mata kepada West Brom (EPL 19.03.2011)
6. Sekali lagi tercicir dua mata kepada Blackburn (EPL 02.04.2011)
Manchester United pula kian cemerlang dibantu dengan kebangkitan Wayne Rooney dan kehadiran semula Antonio Valencia.
Tetapi.
Peluang Arsenal masih terbuka. 6 perlawanan 18 mata adalah satu margin yang besar.
Dan tahap kompetetif yang tinggi dalam EPL sering menghasilkan keputusan-keputusan luar jangkaan.
United boleh keciciran mata dalam 6 perlawanan EPL terakhir mereka. Tidak mustahil.
Jadual dibawah adalah 8 perlawanan terakhir Arsenal dan Manchester United.
LAPAN PERLAWANAN TERAKHIR (ARSENAL v MAN UTD)
8 perlawanan, 24 mata.
A big task ahead but we’re Arsenal anyway!
Go Gunners!
FAVOURITE LINE-UP

1. Sagna akan menjalani ujian kecergasan terakhir sekiranya unfit, Eboue akan menggalas tugas di bek kiri.
2. Song yang cedera akan digantikan oleh Ramsey atau Diaby. Go for Ramsey.
3. Walcott juga menjalani ujian kecergasan terakhir, if OK he should play then.
4. Fabregas will certainly start.
5. Aku mimpi bunuh 3 ekor labah-labah besar yakni spesis Black Widow menggunakan Fumakilla malam tadi, seram siot! Ini petanda Van Persie meledak hat-trik sekali lagi ni.
EXPECTATION
1. Patut menang score besar. I’ll say 4-0.
EPL 2010/11: ARSENAL 0-0 BLACKBURN HIGHLIGHTS, WHAT? ANOTHER DRAW?
Arsenal once again failed to make the most of their superior possession and valiant ten man Blackburn Rovers held on for a point.
Arshavin was subbed during the second half even though he’s again my Man of the Match.
Now we’re trailing 7 points to Manchester United.
EPL 2010/11: WEST BROM 2-2 ARSENAL HIGHLIGHTS, ALMUNIA HOWLER COST US TWO POINTS
Kesilapan Almunia menjadi punca kehilangan dua mata berharga didalam perlawanan ini.
Walaupun bangkit dari ketinggalan 0-2 namun kekecewaan tidak tertebus setelah gagal memanfaatkan kekalahan Manchester United kepada Liverpool pada perlawanan sebelumnya.
Man of the Match = Arshavin.
FA CUP 2010/11 QUARTER-FINAL: MANCHESTER UTD 2-0 ARSENAL HIGHLIGHTS
We’re out from the FA Cup.
And we’re in danger of being empty-handed again this season.
Manchester United beat Arsenal 2-0, on Saturday, 12th March, 2011, at Old Trafford for the FA Cup Quarter Finals. The Gunners are eliminated from the FA Cup, losing in just two weeks their third chance to win a title.
Fabio Da Silva, who gobbled up the rebound after Hernandez’s header, scored the opener for The Red Devils, in the 28th minute. Wayne Rooney scored the second in the 49th minute to put Manchester United on the brink of the FA Cup Semifinals.
Manchester United 1 – 0 Arsenal : Fabio
szólj hozzá: Man 1-0 Arsn
Manchester United 2 – 0 Arsenal : Rooney
szólj hozzá: Man 2-0 Ars
FA CUP 2010/11 QUARTER-FINAL: MANCHESTER UTD VS ARSENAL, DO OR DIE! PLUS FAVOURITE LINE-UP
MATCH PREVIEW
Ini ‘Match of the Season’ bagi Arsenal.
Maruah pasukan terletak dalam keputusan perlawanan ini.
Tewas mengejut dalam Carling Cup dan tersingkir dalam saingan UEFA Champions League, maka tewas dalam perlawanan ini adalah satu tamparan, sepakan, terajangan paling hebat untuk Wenger dan pemain.
Ya aku tau, kejuaraan EPL lagi bermakna dari FA Cup ini. Tapi hanya 1 kemenangan dalam 10 perlawanan menentang Man Utd sejak 2007, sudah dikira mencemar maruah Arsenal. Perlawanan ini bukan setakat melepasi peringkat suku-akhir Piala FA. Ia lebih daripada itu!
FAVOURITE LINE-UP
1. Almunia akan mengantikan Szcznesny yang tergeliat jari-jemarinya, Shea akan mengisi penjaga gol gantian.
2. Sila gunakan barisan pertahanan terkuat anda Wenger.
3. Please no more Rosicky in right-midfield. I’ll put Bendtner instead. Remember the hat-trick, anyone?

C’mon guys, We are ARSENAL! ARRSEENAAAAAALLLLLLLLLLLLLL!
UCL 2010/11: BARCELONA 3-1 ARSENAL EXTENDED VIDEO HIGHLIGHTS, AH.. I DON’T MIND WE LOSING THIS!
Many will say that the referee was the cause of our team losing so pathetically. But I wouldn’t buy that considering the way we play for the whole match. I don’t want to talk about that stupid red card BUT if Van Persie do stay on the pitch I doubt that Arsenal will ever turn the game.
Barcelona was great. They dominate the game while we’re just chasing shadows.
I was surprise to the inclusion of Rosicky playing the right wing. And to put Arshavin on the bench? Wenger why?
There are sometimes Wenger’s decision for the starting line-up really confound me and being unable to correct things on the second half make me even frustrated.
But still I rather we lose this than the FA Cup and the EPL Title.
We will facing Manchester United in the FA Cup Quarter-Final this Sunday. Should we win this, then only Manchester City the big obstacle ahead. We have a great record with Man City. We have to win this FA Cup.

At the moment, Man Utd are 3 points above us in the EPL race. And we have one game in hand. Should we win the game against West Brom on 19 March with 4 goal margin then we’re top of the league. After that with only 9 more games to play, the EPL title are ours to lose. We have to win all the remaining games.
This two big tasks, once we’ve completed successfully; will erase the bad memory of losing so pathetically against Barcelona last night.
Go Gunners!
Here’s the UCL Barcelona 3-1 Arsenal Extended Video highlights.
Alternate Video
UCL 2010/11: BARCELONA VS ARSENAL, LET SHOW THE WORLD PLUS FAVOURITE LINE-UP

Barcelona will run riot tonight. Amok!
Arsenal bertandang ke Nou Camp untuk mempertahankan aggregate 2-1.
I am 50/50 to start with Van Persie or Bendtner. With Van Persie not 100% fit and to avoid further damage I opt for Bendtner to start.
Arshavin, Fabregas and Nasri will spearhead the attacking midfielders.
Jack and Diaby to replace Song will operate in the midfield.
Defense no change.
Good luck Gunners!
EPL 2010/11: ARSENAL VS SUNDERLAND (5 MAR 2011), FAVOURITE LINE-UP, NAIL THE TWO-POINT ROBBER
Sunderland merupakan sebuah pasukan bogey untuk empat pasukan teratas liga EPL termasuklah Arsenal. Rujuk kepada lima pertemuan terkini ini diantara kedua pasukan ini, Arsenal hanya menang sekali, seri tiga kali dan kalah sekali.
Sebab itulah Sunderland aku gelarkan “Two-Point Robber”.
September 18, 2010 : Sunderland 1-1 Arsenal
February 20, 2010 : Arsenal 2-0 Sunderland
November 21, 2009 : Sunderland 1-0 Arsenal
February 21, 2009 : Arsenal 0-0 Sunderland
October 04, 2008 : Sunderland 1-1 Arsenal
May 11, 2008 : Sunderland 0-1 Arsenal
October 07, 2007 : Arsenal 3-2 Sunderland
May 01, 2006 : Sunderland 0-3 Arsenal
November 05, 2005 : Arsenal 3-1 Sunderland
May 11, 2003 : Sunderland 0-4 Arsenal
Kemenangan pada malam ini akan merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu liga Manchester United. Sunderland berada pada tangga ke-8 dengan 37 mata, kurang 2 mata untuk perebutan tempat ke Eropah.

Aku suka sekiranya Wenger meletakkan Rosicky di wing kanan dan menggunakan Nasri di bahagian attacking midfielder.
Habiskan perlawanan pada separuh masa pertama dan gunakan separuh masa kedua untuk rotation. Elak Bendtner, Nasri, Djourou, Wilshere, Arshavin dari mengalami cedera.
Perlawanan selepas ini ialah menentang Barcelona di Nou Camp.


























