50 PASUKAN BOLA SEPAK TERBAIK DUNIA PERNAH SAKSIKAN

Sempena ulangtahun kelahiran isteri Chief Editor Andimazlan.com, kami berkolaborasi dengan majalah sukan terkemuka dunia World Soccer memilih 50 pasukan bola sepak terbaik dunia pernah disaksikan penduduk bumi sejak separuh abad yang lalu. World Soccer menggelarkan pasukan ini sebagai “the fifty teams that changed the game”.
50. REAL MADRID, awal 1960an
(GK) Rogelio Domínguez, (RB) Marquitos, (CD) José Santamaría, (LB) Pachín, (MF) José María Vidal, (MF) José María Zárraga (K), (RW) Canário, (FW) Luis del Sol, (FW) Alfredo Di Stéfano, (FW) Ferenc Puskás, (LW) Francisco Gento, (Pengurus) Miguel Muñoz.
Memasuki era 1960, Real Madrid telah pun menjuarai satu daripada lima Final Piala Eropah. Menjelang 1966 mereka telah menjuarai kejohanan itu untuk kali yang keenam, namun pasukan Real Madrid tahun 1960 – yang mengalahkan Eintracht Frankfrut 7-3 pada Final Piala Eropah 1960 dianggap sebagai satu pasukan terhebat dunia pernah saksikan.
49. PEÑAROL, awal 1960an
(GK) Luis Maidana, (DF) William Martínez, (DF) Núber Cano, (DF) Edgardo González, (DF) Roberto Matosas, (MF) Walter Aguerre, (MF) Luis Cubilla, (FW) Ernesto Ledesma, (FW) Alberto Spencer, (FW) José Francisco Sasía, (FW) Juan Joya, (Pengurus) Roberto Scarone.
Dua kali memenangi Piala Libertadores, pada 1961 dan 1962, pasukan ini hampir menjadikannya hatrik namun tewas kepada Santos pada perlawanan play-off selepas layak ke final 1963 melalui aggregat. Juga mengalahkan Benfica pada tahun 1961 untuk menjuarai Piala Kelab Dunia (World Club Cup) dan menjuarai Liga Uruguay pada tahun 1960, 1961 dan 1962.
48. TOTTENHAM HOTSPUR, 1961
Bill Brown, Peter Baker, Ron Henry, Danny Blanchflower (K), Maurice Norman, Dave Mackay, Cliff Jones, John White, Bobby Smith, Les Allen, Terry Dyson, (Pengurus) Bill Nicholson.
Diketuai oleh Danny Blanchflower dan pengurus Bill Nicholson, Spurs menjadi kelab Inggeris pertama dalam abad ke-20 yang memenangi kejuaraan berganda, Liga Inggeris dan Piala FA. Mereka memenangi 11 perlawanan pertama mereka dalam musim itu dan mengumpul 115 gol dalam kesemua 42 perlawanan liga.
47. BENFICA, awal 1960an
(GK) Alberto da Costa Pereira, (DF) Mario João, (DF) Germano, (DF) Angelo Martins, (MF) Domiciano Cavém, (MF) Fernando Cruz, (FW) José Augusto, (FW) Eusébio, (FW) José Águas (K), (FW) Mário Coluna, (FW) António Simões
(Pengurus) Béla Guttmann.
Pasukan yang dibentuk oleh Pengurus berbangsa Hungary, Béla Guttmann pada tahun 1959 dan diterajui oleh lagenda bolasepak Eusébio mendominasi kejohanan bolasepak Portugal pada ketika itu. Era Guttmann berakhir hingga 1962 dan menyaksikan pasukan ini menjadi pasukan pertama yang memecah dominasi Real Madrid dalam kejohanan Piala Eropah, dengan mengalahkan Barcelona pada final 1961. Setahun kemudian, pasukan ini mengulangi kejayaan dengan mengalahkan Real Madrid di final 1962.
46. SANTOS, awal 1960an
(GK) Gilmar, (DF) Mauro, (DF) Calvet, (DF) Lima, (MF) Zito, (MF) Dalmo, (FW) Dorval, (FW) Mengálvio, (FW) Coutinho, (FW) Pelé, (FW) Pepe, (Pengurus) Lula.
Pelé dan Claudio Cautinho menjadi inspirasi kejayaan Santos mengunggguli 5 kejuaraan liga Brazil sebanyak 5 kali berturut-turut, termasuk Piala Libertadores dan Piala Kelab Dunia pada tahun 1962 dan 1963.
45. INTER MILAN, 1963-1965
(GK) Giuliano Sarti, (SW) Armando Picchi, (DF) Aristide Guarneri, (RB) Tarcisio Burgnich, (LB) Giacinto Facchetti, (DM) Carlo Tagnin, (MF) Luis Suárez, (MF) Mario Corso, (RW) Jair da Costa, (FW) Sandro Mazzola, (FW) Aurelio Milani, (Pengurus) Helenio Herrera.
Pasukan Helenio Herrera ini menjuarai Serie A tiga kali dalam tempoh empat tahun, namun di dalam kejohanan Piala Eropah kehebatan pasukan ini lebih terserlah, menumbangkan juara bertahan Real Madrid 3-1 pada tahun 1964 dan kemudian Benfica 1-0 pada tahun berikutnya.
44. PORTUGAL, 1966
(GK) Jose Pereira, (DF) Conceicao, (DF) Jose Baptista, (DF) Jose Carlos, (DF) Alberto Festa, (MD) Mario Coluna, (MD) Graca, (FW) Simoes, (FW) Jose Augusto, (FW) Eusebio, (FW) Torres, (Pengurus) Otto Gloria.
Dibawah bimbingan pengurus Sporting Lisbon Otto Gloria, dan Eusebio fulkrum dalam setiap gerakan serangan, Portugal mara ke separuh akhir Piala Dunia 1966, walaupun akhirnya tewas di tangan tuan rumah, England.
43. ENGLAND, 1966
(GK) Gordon Banks, (DF) George Cohen, (DF) Ray Wilson, (DF) Jack Charlton, (DF) Bobby Moore, (MD) Nobby Stiles, (MD) Alan Ball, (MD) Bobby Charlton, (FW) Geoff Hurst, (FW) Martin Peters, (FW) Roger Hunt, (Pengurus) Alf Ramsey.
Pasukan bimbingan Alf Ramsey menewaskan semua pasukan pada 1966 sebelum memenangi Piala Dunia 1966 di tempat sendiri.
42. CELTIC, 1967
Terdiri daripada 11 Glaswegians, Celtic menjadi pasukan British pertama menjuarai Piala Eropah apabila menewaskan Inter Milan di Lisbon.
41. MANCHESTER UNITED,1968
Matt Busby mengemudi Manchester United menjulang kejuaraan Piala Eropah pertama 10 tahun selepas tragedi di Munich yang meragut nyawa ramai pemainnya yang dikenali sebagai “Busby Babes”. Walaupun tanpa ketua pasukan utama Denis Law, namun pasukan ini yang terdiri daripada nama besar seperti Bobby Charlton, George Best, Pat Crerand dan Nobby Stiles menewaskan Benfica 4-1 di Wembley untuk menjadi kelab Inggeris pertama untuk memenangi Piala Eropah.
40. ESTUDIANTES, lewat 1960an
Memenangi liga pada 1967 memberikan Estudiantes kejuaraan pertama mereka dalam Kejuaraan Liga Argentina dan menjadi kelab pertama yang memenanginya selain daripada 5 kelab gergasi utama Buenos Aires iaitu Boca Juniors, River Plate, Racing, Independiente dan San Lorenzo. Kelab dari La Plata ini yang dibimbing oleh Osvaldo Zubeldia, kemudiannya menjuarai Piala Libertadores tiga kali berturut-turut dari 1968-1970, dan juga bermain dalam tiga final Piala Kelab Dunia (World Club Cup) mengalahkan Manchester United pada 1968 namun kalah kepada Milan dan Feyenoord dalam dua final pada musim berikutnya.
39. BRAZIL, 1970
Pasukan Mario Zagallo ini sehingga kini masih dianggap sebagai pasukan terhebat sepanjang masa. Pasukan yang terdiri daripada Pele, Jairzinho, Rivelino, Gerson, Tostao dan ketua pasukan Carlos Alberto memukau sesiapa jua pada temasya Piala Dunia Mexico 1970 yang mana Brazil menjadi pasukan pertama menjulang piala Jules Rimet sebanyak tiga kali dengan persembahan yang bertenaga menewaskan Italy 4-1 pada perlawanan akhir. Jaringan gol cantik Alberto membuktikan kehebatan pasukan ini.
38. AJAX, awal 1970an
Pasukan yang dibentuk oleh Rinus Michels yang kemudian diambil alih oleh Stefan Kovacs (setelah Michels menyertai Barcelona), Ajax memenangi Piala Eropah tiga kali berturut-turut. Bermain cara Michels iaitu Total Fotball, dan terdiri daripada pemain hebat seperti Johan Cruyff, Ruud Krol dan gandingan midfield Gerrie Muhren dan Arie Haan, mereka memenangi Piala Eropah pada 1971. Kejayaan itu berterusan dibawah kendalian Kovacs, yang membimbing mereka menjadi juara pada 1972 dan 1973.
37. LEEDS UNITED, awal 1970an
Pasukan yang mula-mula dibentuk oleh Don Revie pada pertengahan 1960an ini mencapai kemuncak kehebatan mereka apabila dinobatkan sebagai salah satu pasukan bola sepak Inggeris terhebat didunia. Dua kali memenangi Piala UEFA, pada tahun 1968 dan 1971, dan juara liga pada tahun 1969 dan 1974 yang mana selepas itu Revie berundur untuk menjadi pengurus England. Bagaimanapun persembahan terhebat Leeds ialah pada final Piala Eropah 1975, dibawah bimbingan pengurus sementara Jimmy Armfield yang mana mereka tewas kepada Bayern Munich walaupun mereka menguasai keseluruhan perlawanan itu.
36. JERMAN BARAT, 1972
Pasukan Helmut Schoen yang memenangi Kejuaraan Eropah 1972 ini dikatakan lebih hebat daripada pasukan yang menjuarai Piala Dunia 1974. Pada tahun inilah Franz Beckenbauer berada pada kemuncak kariernya bersama-sama dengan Gunter Netzer.
35. BAYERN MUNICH, 1974
Pemenang tiga kali Piala Eropah, Bayern mencapai kemuncak prestasi apabila menewaskan Atletico Madrid pada perlawanan akhir 1974, untuk memenangi kejohanan itu pada kali pertama. Bayern Munich yang memiliki pemain berkaliber seperti Sepp Maier, Paul Breitner, Georg Schwarzenbeck, Gerd Muller, Uli Hoeness dan ketua pasukan Franz Beckenbauer, kesemuanya terlibat dalam skuad yang menjulang piala dunia sebulan selepas itu. Bayern mempertahankan kejuaraan Piala Eropah pada tahun 1975 dan 1976 yang kemudiannya mulai merudum akibat faktor usia selepas itu.
34. POLAND, 1974
Selepas menyingkirkan England di Wembley pada tahun 1973, pasukan Poland yang terdiri daripada Jerzy Gorgon, Grzegorz Lato, Jan Domarski, Kazimierz Deyna dan penjaga gol ‘badut’ Jan Tomaszewski beraksi pada piala dunia di Jerman Barat dan terus mempamer persembahan hebat mereka untuk menduduki tempat ketiga.
33. BELANDA, 1974
Ianya telah banyak kali diperkatakan bahawa pasukan Rinus Michels yang menerapkan corak permainan Total Football adalah pasukan terhebat yang tidak pernah memenangi piala dunia ataupun Kejohanan Eropah. Pasukan Belanda 1974 juga hampir sama apabila pasukan yang terdiri daripada Cruyff, Neeskens, Krol, Rensenbrink, Van Hanegem dan Rep ini kecundang di tangan Jerman Barat pada Final 1974 walaupun mendahului pada minit pertama. Prestasi pasukan ini berada pada kemuncak pada perlawanan separuh akhir apabila permainan cantik mereka mewaskan juara bertahan Brazil 2-0. Pada tahun 1978, tanpa Cruyff dan Michels, mereka sekali lagi layak ke perlawanan akhir namun Argentina ketika itu terlalu kuat, dan Belanda tidaklah sehebat pasukan mereka empat tahun sebelum itu.
32. INDEPENDIENTE, 1975
Kelab Buenos Aires ini mencipta sejarah apabila mereka menjadi pasukan pertama dan satu-satunya pasukan yang menjuarai Piala Libertadores empat tahun berturut-turut, dari tahun 1972 hingga 1975.
31. CZECHOSLOVAKIA, 1976
Kelibat Antonin Panenka melakukan tendangan chip yang menewaskan Sepp Maier pada sepakan penalti adalah memori yang sentiasa diingati apabila bercerita tentang pasukan Czech ini yang mengejutkan semua orang apabila memenangi Kejohanan Eropah 1976 di Belgrade. Pasukan ini tidak tewas dalam 20 perlawanan sebelum kejuaraan mereka itu, termasukla kemenangan bermakna 3-1 pada separuh akhir ke atas pasukan Belanda.
30. LIVERPOOL, 1977
Dua belas tahun selepas penyertaan pertama dalam kejohanan bolasepak Eropah berakhir dengan kekalahan pahit di San Siro, Liverpool yang sudah pun menjuarai Liga Perdana Inggeris ketika itu, dan hampir menjulang Piala FA, kembali ke Italy untuk memenangi Piala Eropah untuk pertama kali dalam sejarah mereka.
29. BOCA JUNIORS, 1977-1978
Selepas menewaskan juara bertahan Cruzerio melalui sepakan penalti pada 1977, Boca Juniors mempertahankan gelaran juara Piala Libertadores pada tahun 1978 dengan kemenangan melalui aggregat 4-0 ke atas kelab dari Colombia, Deportivo Cali. Pada tahun berikutnya, mereka layak sekali lagi ke perlawanan akhir namun tewas kepada Olimpia kelab dari Paraguay.
28. ARGENTINA, 1978
Selaku tuan rumah, Argentina memukau penyokong mereka dengan persembahan yang mantap dan berdisiplin dibawah bimbingan Cesar Luis Menotti untuk mencipta kejuaraan Piala Dunia pertama negara itu.
27. NOTTINGHAM FOREST, 1979-1980
Di dalam tahun kegemilangan bola sepak England memperlihatkan kemunculan Nottingham Forest dari liga Divisyen Dua sehingga menjadi juara Liga Perdana, dan yang paling membanggakan menjuarai Kejohanan Eropah sebanyak dua kali. Mendapat inspirasi dari gandingan hebat pengurus Brian Clough dan pembantunya Peter Taylor, Forest mengalahkan Malmo 1-0 pada final 1970 dan tahun kemudiannya mengulangi kejayaan dengan mengalahkan Hamburg dengan jaringan yang sama.
26. FLAMENGO, 1981
Menjuarai Piala Libertadores pada tahun 1981, Flamengo yang diketuai oleh Zico membenam Liverpool untuk memenangi Piala Kelab Dunia mereka buat kali pertama.
25. BRAZIL, 1982
Pasukan bimbingan Tele Santana ini yang terdiri daripada Socrates, Falcao, Junior, Eder dan Zico dan lain-lain mempamerkan permainan hebat pada Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Sering dikatakan sebagai pasukan sehandal Belanda 1974 sebagai pasukan terhebat yang tidak pernah memenangi Piala Dunia. Selepas menumbangkan USSR dan dengan selesa membelasah New Zealand dan Scotland, mereka akhirnya tewas di tangan pasukan Itali di pusingan kedua peringkat kumpulan dan pulang dengan tangan kosong.
24. ITALI, 1982
Itali memenangi Piala Dunia mereka untuk kali ketiga menerusi ketua pasukan berpengalaman mereka Dino Zoff, kehebatan jurulatih Enzo Bearzot dan kelincahan penyerang Paolo Rossi. Memulakan saingan dengan perlahan dengan hanya seri tiga kali dalam peringkat kumpulan kemudiannya melangkah bergaya sehingga mara ke peringkat akhir di Madrid, dimana mereka menewaskan Jerman Barat 3-1.
23. PERANCIS, 1982-1984
Pasukan yang terdiri daripada midfield maestro Alain Giresse, Jean Tigana, Bernard Genghini dan Michel Platini ini tewas di tangan Jerman Barat dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1982. Dua tahun kemudian, bermain di gelanggang sendiri di Paris, dan Luis Fernandez menggantikan Genghini, mereka menjuarai Kejohanan Eropah 1984.
22. LIVERPOOL, 1984
Tidak dianggap sebagai pasukan Liverpool yang vintage, namun pasukan ini dianggap terbaik kerana menjulang Piala Eropah mereka yang keempat setelah menewaskan pasukan Roma yang kuat di tempat lawan. Pasukan yang terdiri daripada Grobbelaar, Neal, Hansen, Lawrenson, Souness, Whelan, Rush dan Dalglish ini juga menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga pada musim itu dibawah kendalian pengurus Joe Fagan, musim pertama kendaliannya.
21. JUVENTUS, 1985
Salah satu detik hitam dalam sejarah bolasepak, Juventus menjuarai Piala Eropah buat pertama kali di Haysel, pada malam Tragedi Haysel yang meragut nyawa ramai penyokong Liverpool yang menyaksikan perlawanan itu akibat stadium runtuh. Penalti Michel Platini menewaskan pasukan Liverpool yang kelihatan tidak komited terhadap perlawanan itu akibat tragedi malang yang menimpa penyokong mereka. Bagaimanapun, samada Juve layak atau tidak menjulang trofi tersebut, mereka mempunyai pasukan yang terdiri daripada pengurus Giovanni Trapattoni dan pemain hebat seperti Michel Platini, Pemain Terbaik Dunia ketika itu dan dibantu oleh Antonio Cabrini dan Gaetano Scirea di bahagian pertahanan, Marco Tardelli dan Zbigniew Boniek di bahagian tengah dan Paolo Rossi di barisan hadapan.
20. DENMARK, 1986
Denmark memukau penyokong pada Piala Dunia Edisi 1986 apabila menjuarai kumpulan meraka dengan tiga kemenangan dari tiga perlawanan. Pasukan yang terdiri daripada Preben Elkjaer, Morten Olsen, Jesper Olsen, Soren Lerby dan Frank Arnesen ini bermain dengan mantap dengan hantaran cantik yang dijenterai oleh Michael Laudrup.
19. ARGENTINA, 1986
Boleh dianggap sebagai one-man team. Diinspirasikan oleh ketua pasukan hebat, Diego Maradona, Argentina menjuarai Piala Dunia mereka untuk kali yang kedua.
18. RIVER PLATE, 1986
River Plate memenangi Liga Argentina, Piala Libertadores dan Piala Kelab Dunia yang mana terpahat sebagai musim terunggul dalam sejarah kelab itu. Oscar Ruggeri, Claudi Caniggia dan Enzo Francescoli, penjaring terbanyak liga tetapi berhijrah sebelum River Plate menjuarai Libertadores, adalah watak utama kejayaan River Plate yang dibimbing oleh pengurus Hector Viera.
17. BELANDA, 1988
Setelah bertahun kecewa tanpa kejuaraan, Belanda akhirnya berjaya di peringkat antarabangsa apabila, pasukan yang sekali lagi dibimbing oleh pengurus hebat Rinus Michels, dan terdiri daripada pemain hebat seperti Ruud Gullit, Marco Van Basten, Ronald Koeman, Arnold Muhren dan Frank Rijkaard ini menjuarai Kejohanan Eropah 1988.
16. AC MILAN, 1989-1990
Pasukan Arrigo Sacchi ini dianggap sebagai pasukan AC Milan terbaik dan antara yang terhebat didunia. Sacchi mempunyai kebolehan untuk mengadun gabungan pemain lincah Belanda, Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Van Basten dengan pemain Itali, Franco Baresi, Paolo Maldini dan Roberto Donadoni. Meraka menjuarai Serie A pada tahun 1988, namun kejayaan di peringkat eropah pada tahun 1989 dan 1990 yang membezakan kehebatan pasukan ini dengan mana-mana pasukan lain sebelum ini.
15. RED STAR BELGRADE, 1991
Menjadi kelab pertama dari Yugoslavia yang menjuarai Piala Eropah apabila menewaskan Marseille dalam penentuan sepakan penalti. Mereka layak ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Dynamo Dresden dan Bayern Munich pada suku dan separuh akhir, dan bermain dengan corak serangan pantas yang diketuai oleh Dejan Savicevic dan Robert Prosinecki.
14. BARCELONA, awal 1990an
Dibawah kendalian Johan Cruyff, Barcelona menjuarai La Liga pada 1990 dan Piala Eropah buat pertama kali pada tahun berikutnya di Wembley.
13. DENMARK, 1992
Denmark mengejutkan peminat bola sepak apabila layak untuk bertanding pada Euro 92 pada saat-saat akhir apabila Yugoslavia mengalami masalah politik, seterusnya menjuarai kejohanan ini apabila menewaskan Jerman 2-0 pada perlawan akhir.
12. SAO PAULO, 1992-1993
Dua kali menjuarai Piala Kelab Dunia dibawah bimbingan Tele Santana, Sao Paulo juga memenangi Piala Libertadores pada musim yang sama dan Liga Brazil pada tahun 1991.
11. AJAX, 1994-1996
Selepas mengemudi Ajax untuk kejayaan Piala UEFA pada tahun 1992, pasukan Louis Van Gaal ini yang terdiri daripada pemain muda memenangi Liga Eredivisie tiga kali berturut-turut, mengharungi musim 1994-95 tanpa kalah. Namun kejayaan terbesar apabila menjuarai Liga Juara 1995 apabila gol Patrick Kluivert menewaskan AC Milan. Mereka layak ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun berikutnya namun tewas di tangan Juventus menerusi penentuan sepakan penalti.
10. PERANCIS, 1998
Perancis, sebagai tuan rumah menjadi juara dunia untuk pertama kali apabila menumpaskan Brazil pada perlawanan akhir. Zinedine Zidane menjadi inspirasi untuk Les Blues yang juga terdiri daripada pemain hebat seperti Didier Deschamps, Fabien Barthez, Laurent Blanc, Marcel Desailly, Emmanuel Petit dan Youri Djorkaeff.
9. MANCHESTER UNITED, 1999
Alex Ferguson mengemudi Manchester United untuk kejuaraan kedua mereka dalam Piala Eropah dalam aksi dramatik pada minit-minit terakhir perlawanan dengan menumpaskan Bayern Munich dengan dua gol lewat di Stadium Nou Camp. Kejayaan itu, tanpa kelibat Paul Scholes dan ketua pasukan Roy Keane melengkapkan kejuaraan trebel – pertama kali kelab Inggeris meraih tiga kejuaraan sekaligus.
8. REAL MADRID, 2002
Apabila Vicente Del Bosque membimbing Real Madrid untuk kejuaraan kali ke sembilan Piala Eropah di Hampden Park, hasil jaringan volley Zinedine Zidane, Real Madrid 2002 tersenarai sebagai antara pasukan terhebat sepanjang zaman. Namun pada musim berikutnya, Del Bosque yang mana kontraknya telah tamat, telah berhijrah bersama ketua pasukan Fernando Hierro. Florentino Perez mengambil alih sebagai presiden Real Madrid dan memulakan projek Galacticos.
7. BOCA JUNIORS, 2002-2003
Antara pasukan terbaik pernah lahir dari liga Argentina, Boca menjuarai Piala Libertadores tiga kali dalam masa empat tahun, menjuarai Liga Apertura Argentina dan Piala Kelab Dunia pada tahun 2000 dan 2003.
6. BRAZIL, 2002
Pasukan yang terdiri daripada Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Luis Felipe Scolari membentuk pasukan ini dengan terancang dengan Gilberto Silva di bahagian tengah, Lucio mengemudi bahagian pertahanan, Cafu dan Roberto Carlos menyerang di bahagian sayap dan memberi “tiga R” banyak ruang untuk mencipta dan menjaringkan gol.
5. GREECE, 2002
Greece mengejutkan dunia bolasepak apabila menjuarai Euro 2004 di Portugal. Pasukan yang lebih mengutamakan work-rate berbanding kemahiran individu dua kali menewaskan pasukan tuan rumah dan juga menyingkirkan juara bertahan Perancis.
4. IRAQ, 2007
Pasukan bukan pilihan, namun layak dimasukkan didalam senarai ini apabila pasukan dari negara bergolak ini mencipta kejutan dengan menjuarai Piala Asia. Empat hari sebelum itu, lebih 50 penyokong Iraq terkorban dalam serangan bom di kawasan Mansour di Baghdad. Pemain Iraq mengharungi detik-detik sukar termasuk serangan bom terhadap kereta physio pasukan, kematian abang ipar penjaga gol Noor Sabri, dan pembunuhan ibu angkat kepada pemain midfield Hawar Mulla Muhammad, dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir.
3. SEPANYOL, 2008-2010
Selepas menjuarai Piala Eropah 2008 di Austria dan Switzerland, Sepanyol menjadi pasukan kedua untuk mengiringi kejayaan Piala Eropah dengan menjuarai Piala Dunia dengan menewaskan pasukan Belanda pada Julai 2010.
2. BARCELONA, 2009
Buat pertama kalinya Barcelona berjaya memperoleh kejayaan treble dengan memenangi tiga kejuaraan dalam semusim iaitu Liga Juara Eropah, La Liga dan Piala Sepanyol dibawah kendalian musim pertama pengurus Pep Guardiola. Pasukan yang terdiri daripada pemain hebat seperti Lionel Messi, Xavi, Iniesta dan Samuel Eto’o ini menggerunkan setiap lawan dalam setiap perlawanan. Kemenangan besar 6-2 ke atas Real Madrid di tempat lawan mengesahkan kejayaan treble Barca.
1. INTER MILAN, 2010
Dinobatkan selaku juara eropah kali terakhir pada 45 tahun yang lalu, Inter Milan yang dibimbing oleh Jose Maurinho yang mana starting line-up tidak terdiri dari seorang pun pemain Itali – menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah dan merangkul piala ketiga mereka dalam musim itu.
Sekian, Wassalam.
Woi..! The Invincibles apa pasal tarak dalam ini list??
TAHNIAH DATUK KERANA KAU BERJAYA JUGA MEMBUNUHNYA
Tahniah Datuk Chong Wei! Macam nilah yang kitorang mau dari badminton’s world no. 1 killer. Sebelum final match tempoh hari memang terus terang kitorang memang bersikap sceptical dan telah memandang serong pada datuk. Maaf datuk. Ma’alumlah sebelum ni asyik kena hentam je dengan Lin Dan. Then bila kalah asyik bagi excuse je. Kaki sakit la, tangan tergeliat la, ahhh kami muak dengan semua itu datuk!!
Tahniah Datuk Chong Wei!. Akhirnya Lin Dan tumbang jua.
Detik kemenangan Datuk Chong Wei Di Final Terbuka Jepun 2010 mengalahkan Lin Dan.
LEBIH KURANG 5 BULAN LAGI………….
Salam,
fuh, masa berlalu begitu pantas..setelah berapa lama blog ni wujud, ni la first my hubby bg chance aku tulis blog dier..spesel la tu kunun.. nk kata birthday gurl..da belated da…ptg ni nk g open house uma ita kt nilai…
tak tau nk tulis aper..ttg perkahwinan..mmm da berlalu da..yg best skrg nk bgtau…hep hep hooray…i’m pregnant already da..thn dpn bln 2. my due lahirkan baby…setakat ni yang dimaklumkan oleh doktor…it’s a boy…nmpk tot tet dier da…selama aku pgnant, ingatkan gurl…sbb taksub sgt kt gurl…bli majala sumer baby gurl, kalu majalah baby boy, bli gak tp tak baca…rupanya baby ibu suker tgk awek cun mcm ayh dier…
canggih teknologi sekarang, mcm2 leh tgk guna scanner 3d, tulang,jantung, tahap kesihatan baby dalam perut..ari rabu 22.09.10…kt orang g klinik pakar wanita dr.sukhilmi..memang bagus la servis dr ni…lembut dan berhemah..itula kali pertama kami melihat ank kami secara 3d dan kesempurnaan sifatnya..sayang anak ibu…tangan baby pose mcm2…alhamdulillah..dr kata ok n insya Allah sihat..4 bulan 10 ari lg…
mmg nak jadi ibu ni satu pengorbanan..apatah lg kalu cek kat doktor kdg2 darah tinggi la apala…so far alhamdulillah n harap dapat melahirkan secara normal…tu jer tu kali ni…ni ada ckit hasil gmbr 3d….
10 LAGU RAYA MESTI DENGAR DI HUJUNG RAMADHAN DAN HARI-HARI RAYAKU
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda. Seperti anda, saya juga mempunyai lagu raya kegemaran halwa telinga saya. Lagu raya pilihan saya ini mungkin tidak enak atau biasa-biasa saja pada pendengaran telinga anda tapi tidak mengapa saya tidak marah. Saya faham manusia mempunyai struktur telinga yang berbeza-beza, ada telinga bercuping ada telinga tidak bercuping. Maka lagu-lagu yang masuk dalam telinga anda sudah pastilah tidak sama dengan lagu yang masuk dalam telinga saya. Tetapi adakah telinga yang bercuping atau tidak mempengaruhi pemilihan lagu raya kegemaran seseorang itu? Belum ada pakar Otolaryngology yang mampu merungkai persoalan ini. Misteri. Ahh. Tak payah cakap pasal telinga kerana kita disini sedang membincangkan pasal lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya. Inilah lagu raya yang saya suka dengar di Hari Raya Aidifitri atau Hari Raya Haji.
10 & 9. Hari Raya Yang Mulia – Wings & Keroncong Hari Raya – Wings

Adakah anda pernah mendengar lagu ini? Pada tahun 1997 saya telah membeli kaset cetak rompak album Wings ini, satu-satunya album rock Aidilfitri yang pernah dihasilkan. Siang malam dengar kaset itu melalui walkman Aiwa saya yang buruk yang dah tercabut cover batterynya. Namun kini lagu ini sudah jarang lagi didengari melalui corong radio. Bila mendengar lagu ini teringat kembali zaman kanak-kanak saya ketika beraya di kampung. Syahdu siot. Tsk..tsk.
8. Selamat Datang Sayang – Hattan

Rasanya inilah satu-satunya lagu raya yang dinyanyikan oleh Hattan. Walaupun lagu ini tak sebut pun perkataan Raya dalam liriknya. Lagu ni macam tak best saja ketika mula-mula dengar namun setelah mendengarnya selama 16 kali berturut-turut tanpa gagal ketika saya bekerja secara part-time di Metrojaya ia terus menggamit sanubari ini. Sampai sekarang saya masih menunggu lagu raya gabungan suara Hattan, Jamal Abdillah dan M.Nasir ala-ala Kepadamu Kekasih. Amacam? Produser?
7. Bila Hari Raya Menjelma – Siti Nurhaliza

Lagu raya paling low profile daripada Siti Nurhaliza tapi lagu raya paling saya gemari berbanding lagu-lagu raya Siti yang lain. Mula-mula mendengar lagu ini ketika berkumandang di kaca TV beberapa tahun yang sudah dan ibarat love at the first heard saya terus suka lagu ni. Tiada siapa yang paksa. Saya suka sendiri. Saya pun tidak tahu secara mendalam apa pasal lagu ni kurang publisiti berbanding lagu raya Siti yang lain. Adakah kerana penggunaan mercun bunga api yang digunakan di dalam video klip lagu ini menimbulkan provokasi terhadap saranan kerajaan mengharamkan bunga api? Wallahu’alam.
6. Bermaafan Di Aidilfitri – Amir Ukay’s

Seperti juga lagu Siti Nurhaliza yang kita sayangi diatas, lagu ini juga kurang dimainkan di media masa dan media arus perdana ketika menjelangnya hari raya. Lagu artis Indonesia lagi banyak pasang. Tidak mengapalah. Jikalau anda belum pernah mendengar lagu ini atau pernah mendengar tetapi rasa lagu ni macam tak sedap, tak best jer dan tertanya-tanya di benak anda mengapa saya boleh suka lagu ini, itu anda punya pasallah. Tapi terima kasih dan pujian yang harus diungkapkan kepada pengupload lagu-lagu raya di Youtube kerana tanpa anda siapala Amir Ukay’s dan tanpa anda tahun ini punya raya tak mendengarlah saya lagu kegemaran saya ini.
5. Lambaian Aidilfitri – Saleem & Jamal Abdillah

Jika anda berjauhan dari kampung halaman mencari rezeki di rantau orang, inilah lagu untuk anda untuk layan sambil mengalirkan air mata anda ketika merindui saudara mara, kawan atau pakcik makcik yang anda sayangi. Saya mencari-cari pencipta lagu ini tetapi buntu bukan apa kerana saya ingin mengucapkan tahniah kepada pencipta lagu kerana menjadikan hari rayaku begitu bertambah syahdu. Tahniah wahai si pencipta lagu.
4. Musafir Di Aidilfitri – S. Jibeng

Al-Fatihah kepada Allahyarham S. Jibeng yang telah kembali kerahmatullah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan begitu juga kepada kita yang masih hidup semoga kita mati dalam keadaan beriman. Antara semua lagu raya kesukaan saya hanya lagu ini saja dari era klasik
3. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah

2. Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir

1. Jamal Abdillah – Maafkan Segala Keterlanjuran

ANDIMAZLAN.COM TILIK NASIB PERINGKAT KUMPULAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2010/2011

Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 pusingan pertama peringkat kumpulan bermula malam ini. 32 pasukan terbaik dari seluruh Eropah layak berentap dalam peringkat kumpulan. Peringkat pertama di bahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan. Semua ni dioarang dah adjust melalui undian yang adil dan saksama tempoh hari. Wakil kami juga ada menghadiri majlis tersebut atas jemputan Presiden Uefa, Michel Platini. Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat kedua.
Final akan diadakan di Stadium Wembley di London, InsyaAllah.
Dengan ini kami secara eksklusif mengumumkan ramalan pasukan yang dijangka akan melepasi peringkat kumpulan pada pusingan kali ini. Ramalan juara Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 telah pun kami pastikan tidak lain tidak bukan ialah The Gunners. Go Gunners!!
KUMPULAN A

Twente (BEL)

Inter Milan (ITA)

Tottenham (ENG)

Werder Bremen (JER)
Juara Kumpulan A = FC Internazionale Milano
Naib Juara Kumpulan A = Tottenham Hotspur FC
Ketiga Kumpulan A – Layak Ke Liga Europa = SV Werder Bremen
Keempat Kumpulan A – Tersingkir = FC Twente
KUMPULAN B

Hapoel Tel-Aviv (ISR)

Lyon (PER)

Schalke (JER)

Benfica (POR)
Juara Kumpulan B = Olympique Lyonnais
Naib Juara Kumpulan B = SL Benfica
Ketiga Kumpulan B – Layak Ke Liga Europa = FC Schalke 04
Keempat Kumpulan B – Tersingkir = Hapoel Tel-Aviv FC
KUMPULAN C

Valencia (SEP)

Bursaspor (TUR)

Rangers (SCO)

Manchester United (ENG)
Juara Kumpulan C = Manchester United FC
Naib Juara Kumpulan C = Valencia CF
Ketiga Kumpulan C – Layak Ke Liga Europa = Rangers FC
Keempat Kumpulan C – Tersingkir = Bursaspor
KUMPULAN D

Barcelona (SEP)

København (DEN)

Rubin Kazan (RUS)

Panathinaikos (GRE)
Juara Kumpulan D = FC Barcelona
Naib Juara Kumpulan D = Panathinaikos FC
Ketiga Kumpulan D – Layak Ke Liga Europa = FC Rubin Kazan
Keempat Kumpulan D – Tersingkir = FC København
KUMPULAN E

Roma (ITA)

Cluj (ROM)

Basel (SWI)

Bayern Munich (JER)
Juara Kumpulan E = FC Bayern München
Naib Juara Kumpulan E = AS Roma
Ketiga Kumpulan E – Layak Ke Liga Europa = FC Basel 1893
Keempat Kumpulan E – Tersingkir = CFR 1907 Cluj
KUMPULAN F

Chelsea (ENG)

Spartak Moscow (RUS)

Žilina (SLK)

Marseille (PER)
Juara Kumpulan F = Chelsea FC
Naib Juara Kumpulan F = Olympique de Marseille
Ketiga Kumpulan F – Layak Ke Liga Europa = MŠK Žilina
Keempat Kumpulan F – Tersingkir = FC Spartak Moskva
KUMPULAN G

AC Milan (ITA)

Ajax (BEL)

Auxerre (PER)

Real Madrid (SEP)
Juara Kumpulan G = Real Madrid CF
Naib Juara Kumpulan G = AC Milan
Ketiga Kumpulan G – Layak Ke Liga Europa = AFC Ajax
Keempat Kumpulan G – Tersingkir = AJ Auxerre
KUMPULAN H

Arsenal The Gunners (ENG)

Shakhtar Donetsk (UKR)

Partizan Belgrade (SER)

Braga (POR)
Juara Kumpulan H = Arsenal FC aka The Gunners
Naib Juara Kumpulan H = FC Shakhtar Donetsk
Ketiga Kumpulan H – Layak Ke Liga Europa = SC Braga
Keempat Kumpulan H – Tersingkir = FK Partizan
































![Beröringen [The Touch] (1971)](http://andimazlan.files.wordpress.com/2010/09/beroringen-the-touch-1971.jpg)
















![Handle With Care [Citizen's Band] (1977)](http://andimazlan.files.wordpress.com/2010/09/handle-with-care-citizens-band-1977.jpg)



