Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN

 

EMIRATES CUP 2010 : ARSENAL 1-1 AC MILAN HIGHLIGHTS


Perlawanan pertama Arsenal di Emirates berakhir dengan keputusan yang kurang memberangsangkan apabila sekadar seri 1-1 dengan AC Milan dalam perlawanan Piala Emirates 2010 walaupun The Gunners menguasai perlawanan dan mencipta banyak gerakan dan peluang-peluang yang menarik.

Piala Emirates ialah acara tahunan pra-musim yang dianjurkan Arsenal sebagai persediaan pemanas badan sebelum mengharungi cabaran Liga Perdana. Tahun ini Piala Emirates disertai oleh Arsenal, AC Milan, Lyon dan Celtic.

Marouane Chamakh mencuri tumpuan peminat dengan persembahan menarik bukan sahaja dengan jaringan gol tetapi dengan komitmen, teknik dan tahap kecerdasan yang ditunjukkan. Tapi yang mencuri tumpuan dan menimbulkan persoalan di kepala kami di sini ialah adakah Marouane Chamakh ini sepupu belah emak kepada Cristiano Ronaldo?. Muka sama sioot!

Berbalik kepada perlawan malam semalam, persembahan Samir Nasri dan Emmanuel Frimpong pada perlawanan ini sangat-sangat mengujakan kami dengan persembahan dalam kelas yang berbeza. Frimpong menggalas tugas sebagai jentera tengah dengan berkesan sekali dan seharusnya diberi peluang lebih banyak untuk beraksi dalam saingan liga. Dalam pada itu, bekas pemain Arsenal Mathieu Flamini yang mewakili AC Milan disambut dengan hambar oleh peminat The Gunners apabila diboo setiap kali mendapat bola.




RATING PEMAIN

Fabianski: 6 – Betul kata kawan saya, kenapa golkeeper selalu maju setapak kemudian undur semula dua tapak ketika menjaga gawang ketika sepakan percuma? You either get out and make sure to punch the ball or stay put and focus on the ball.

Vermaelen (Captain) and Koscielny: 7.5 – Kedua pemain membentuk pasangan yang solid di bahagian centre backs. Hadangan Koscielny kekita Pato melakukan larian solo memang vital. Sementara kehadiran Vermaelen di kotak penalti lawan ketika sepakan sudut memang menjadi senjata sulit The Gunners.
Sungguhpun demikian, bagaimana gol penyamaan AC Milan boleh terhasil, kedua-dua pemain ini perlu melakukan post-mortem.

Gibbs: 7.5 – Gibbs beraksi dengan mantap. Posisi Clichy mungkin akan tergugat. Banyak gerakan Arsenal bermula dari posisi ini.

Eboue: 6.5 – Beraksi dengan baik terutama apabila melakukan larian kehadapan namun terpaksa bekerja keras untuk mengekang kepantasan Pato.

Rosicky: 6 – Terkejut apabila Rosicky disenaraikan untuk bermain kerana sebelum ini laporan menyatakan Rosicky cedera. Potongan rambut baru Rosicky lebih menarik perhatian berbanding persembahan malam tadi.

Nasri: 8 – Man Of The Match

Wilshere: 6.5 – Persembahan mantap dengan hantaran cantik.

Frimpong: 7 – Persembahan Frimpong yang cemerlang pada perlawanan pra-musim diteruskan dalam perlawanan ini. Berdepan bertugas mengekang kemaraan pemain berpengalaman AC Milan seperti Clarence Seedorf, Frimpong tidak menghampakan.

Arshavin: 6.5 – Satu ketika, Arshavin seolah kurang cerdas namun larian solo yang membantu dalam jaringan pertama Arsenal menunjukkan sebaliknya.

Chamakh: 8 – Perlawanan pertama di Emirates, Chamakh mencuri hati peminat dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Kami di sini tidak sabar melihat gandingan Persie-Chamakh.

Sagna: 7 – Sejurus selepas dimasukkan, Sagna tidak menunggu masa yang lama untuk mencipta gerakan berbahaya di bahagian kanan. Sering membantu Nasri dengan hantaran yang tepat.

Clichy: 6.5 – Selain daripada hantaran menarik Clichy kepada Vela, tiada istimewa dengan persembahan Clichy dalam perlawanan ini. Perlu berusaha keras membina stamina dan pacing.

Djourou: 5 – Bermain di posisi tengah untuk Djourou adalah satu pemandangan yang kurang menyenangkan untuk peminat The Gunners. Bayangkan melihat Clichy bermain di posisi striker!

Randall: 4 – How on earth you missed that? Twice?

Walcott: 6 – Semoga Walcott tidak mengikuti jejak Eduardo. Unless he start looking at himself, we’re afraid he’ll be the ‘Most Over-rated Arsenal Player of All Time’.

Vela: 6.5 – Gerakan solo menarik Vela jarang menghampakan. Tapi kami yakin Vela tetap menjadi skuad tetap untuk Piala Carling berbanding Premier League.

blog comments powered by Disqus