Chukulla Kukadekan Kuchinde Paadmwa ~ Kundab Jibrut!

EKSKLUSIF – IMBASAN PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 2009

Team Seekers Andimazlan.com (team seekers kami tidak menjejaki hantu ya) dengan tenang mempersembahkan imbasan peristiwa yang berlaku di negara kita sepanjang tahun 2009. Setelah berhempas-pulas selama 8 hari 7 malam menyelinap dan menggeledah bilik-bilik Chief Editor beberapa akhbar dan tabloid terkemuka negara termasukla Majalah Mangga kami meminta anda supaya ambilla iktibar dari setiap peristiwa, kejadian atau landmark yang telah berlaku di negara kita ini dan berdoalah semoga Tahun 2010 kita akan sentiasa dipayungi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

1 JANUARI 2009 – PESTA SEKS TAHUN BARU

Pesta Seks Tahun BaruTahun baru negara dibuka dengan berita penahanan 26 orang yang tengah tight dan stim termasuk seorang pelakon wanita muda dan penyampai berita Astro sedang riang gembira menyambut 2009 mengikut style barat. Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut. Penyampai berita Astro itu yang berbangsa Melayu dilaporkan akan berkahwin beberapa hari lagi sebelum kejadian. Berkemungkinan besar beliau ingin menyambut Bachelorette Party sebelum menamatkan zaman bujangan. Walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa pesta tersebut tidak melibatkan seks dan dadah tetapi pemeriksaan pihak polis pada beg-beg Gucci dan Prada mereka ternyata mengandungi pil-pil, serbuk dadah dan alat cegah hamil.

Dan semalam semasa entri ini ditulis, kejadian hampir sama berulang kembali. LIMA ARTIS BERPESTA DITANGKAP DI PUB HARAM.

2 JANUARI 2009 – 10 MAUT TRAGEDI BERDARAH GUA MUSANG

Kemalangan ngeri yang membabitkan 3 buah kenderaan ini meragut 10 nyawa sekaligus. Inilah antara kemalangan yang ter-ngeri dan angka korban paling ramai dalam sejarah kemalangan jalan raya di negara kita ini. Ironinya kerajaan baru sahaja menguatkuasakan undang-undang penggunaan tali pinggang keledar belakang untuk mengurangkan kadar kematian di jalan raya pada awal tahun lalu. Sungguh sedih sekali apatah lagi 3 orang kanak-kanak turut terkorban di dalam kejadian ini. Menurut seorang penduduk Gua Sejuk yakni tempat kejadian ini berlaku, kawasan tersebut memang ‘keras’.

Kalau lalu kawasan tu, saya akan pandu dengan perlahan… kawasan Gua Sejuk tu keras… haa, bila masuk tahun baru macam ni, `dia’ nak `makanlah’ tu…

18 JANUARI 2009 – BN KALAH DI TERENGGANU

18 Jan BN kalah di terengganu

Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi. Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu mendapat 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperoleh 30,252 undi. Calon Bebas, Azharudin Mamat pula hilang wang pertaruhan apabila sekadar mendapat 193 undi. Sebanyak 665 undi rosak direkodkan.

Sepanjang 2009 sebanyak 9 pilihanraya kecil diadakan di seluruh negara.

Parlimen

  1. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 (PR-PAS Menang)
  2. Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009 (PR-PAS Menang)

Negeri

  1. Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009 (PR-PKR Menang)
  2. Pilihan raya kecil Batang Ai 2009 (BN-PRS Menang)
  3. Pilihan raya kecil Penanti 2009 (PR-PKR Menang)
  4. Pilihan raya kecil Manek Urai 2009 (PR-PAS Menang)
  5. Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 (PR-PAS Menang)
  6. Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009 (BN-UMNO Menang)

19 JANUARI 2009 – LAGU UNTUKMU MEET UNCLE HUSSAIN JUARAI JUARA LAGU KE-23

19 jan MUH juara lagu 23

Lagu ini dicipta oleh Taja, Tass dan Lan. Peminat Meet Uncle Hussain mesti tahula siapa 3 orang ini. Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) meneruskan rentak bergaya kumpulan indie untuk menjadi juara Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 ini selepas Estranged melakukannya pada edisi yang ke-22 lalu. Atas kerjasama yang erat dengan pihak kami, YouTube.com telah menyumbangkan video klip MUH tersebut untuk tatapan kepada sesiapa jua yang tidak sempat menyaksikan final AJL 23 itu.

26 JANUARI 2009 – ARENA WATI MENINGGAL DUNIA

26 jan Arena Wati Meninggal Dunia

Nama sebenar Allayarham ialah Andi Mohammad Dahlan Bin Andi Buyung. Almarhum dilahirkan di Jeneponto, Makassar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menggunakan pseudonym Arena Wati, Allahyarham telah diangkat sebagai Sasterawan Negara yang ke-5 pada tahun 1988. Sebelum menjadi penulis yang terkenal, Arena Wati pernah menjadi pelaut sekitar tahun 1943 iaitu ketika Perang Dunia Kedua meletus. Pengalaman belayar dan mengharungi lautan meningkatkan lagi kemampuan beliau di dalam menghasilkan novel yang hebat.

Percayalah, tidak ada sasterawan yang dapat menulis hal laut sebaik Arena Wati, jika karya-karyanya diterjemahkan segera ke bahasa lain, tentu sahaja ia akan cepat dikagumi. Kefahaman dan perincian beliau tentang latar laut dalam karya-karyanya sangat hebat sehingga segala ombak yang rinci dan angin yang aneh turut dibentangkan.. – Faisal Tehrani

Selepas menamatkan persekolahan di Indonesia, beliau berkerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, Malaysia dan Brunei. Beliau juga pernah menjadi editor di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Hasil Karya Arena Wati ialah:

* Kisah Tiga Pelayaran (1959)
* Lingkaran (1962)
* Sandera (1971)
* Bunga Dari Kuburan (1987)
* Kuntum Tulip Biru (1987)
* Sakura Mengorak Kelopak (1987)
* Panrita (1993).
* Sukma Angin (1999)
* Cakra Waruga (KN)
* Sebuah Trilogi Tiga Genre(KN)
* Sebuah Trilogi Tiga Genre(KT)
* Trilogi Busa – Busa Hati
* Trilogi Busa – Busa Sukma
* Trilogi Busa – Busa Kalbu
* Trilogi Armageddon : Mandala (2004)
* Trilogi Armageddon : Menorah
* Trilogi Armageddon : Pentagon
* Warna Sukma Usia Muda

Lain-lain karyanya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002), Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

2 FEBRUARI 2009 – ANDREI SERGEYEVICH ARSHAVIN MENYERTAI ARSENAL

arshavin4

Arshavin atau nama manjanya Shava merupakan ketua pasukan Kebangsaan Rusia. Beliau merupakan pemain attacking midfielder yang versatile dan boleh bermain di posisi penyerang dan winger. Selepas mencipta persembahan yang menakjubkan pada UEFA EURO 2008 di Austria-Switzerland, Arsene Wenger tidak teragak-agak lagi untuk menyatakan hasratnya untuk membeli Arshavin walaupun dicemburui dan cuba dipotong line oleh beberapa manager di seluruh dunia. Selepas melalui pelbagai halangan akhirnya Arshavin berjaya mengikat kontrak dengan Arsenal dan meninggalkan Zenit Saint Petersburg. Pada perlawanan liga menentang Liverpool di Anfield pada 21 April 2009, Arshavin telah menjaringkan 4 gol dan mencipta sejarah tersendiri pada perlawanan itu.

3 FEBRUARI 2009 – KEMELUT POLITIK PERAK

Kepung Sultan

Kemelut politik di Perak secara ringkasnya mula-mula panas pada 25 Ogos 2008 ekoran dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Namun mahkamah menetapkan bahawa perbicaraan hanya akan dimulakan pada 10, 11 dan 12 Feb 2009. Semenjak 26 Januari 2009, kedua-dua Exco ini didapati menghilangkan diri dan ini menimbulkan gosip panas dikalangan pembangkang yakni BN malahan di kalangan ahli-ahli PKR itu sendiri. Ini menyebabkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meminta kedua-dua Exco ini untuk tampil mengisytiharkan pendirian masing-masing samada telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak atau sebaliknya.
Kemudian pada 1 Februari 2009, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar memaklumkan kepada media bahawa beliau telah menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang (Jamaluddin Mat Radzi) dan ADUN Changkat Jering (Mohd Osman Jailu). Sehubungan itu, beliau mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN tersebut. Tiba-tiba keesokan harinya pihak polis pula mengesahkan bahawa telah menerima aduan penafian peletakan jawatan daripada wakil kedua-dua Exco tersebut.
Dengan keadaan yang semakin caca-merba ini, Ketua Menteri Perak kemudiannya menghadap Sultan Perak manakala V. Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dan mengusulkan untuk diadakan pilihanraya kecil.
Pada 3 Februari 2009, SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59) serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu. Keputusan SPR ini berdasarkan kepada kredibiliti surat perletakan jawatan tersebut yang diragukan dan pengisytiharan kedua-dua Exco terbabit untuk keluar PKR dan menjadi ADUN bebas. Dan kemelut politik di Perak pun bermula.

15 FEBRUARI 2009 – KONTROVERSI GAMBAR BOGEL ELIZABETH WONG

Elizabeth Wong

Imej Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan ini tercemar setelah beberapa foto beliau ketika sedang tidur tersebar di alam siber. Foto-foto dalam keadaan tidur ini bukanla dari golongan tidur yang biasa tetapi tidur dalam keadaan posisi yang mengaibkan dan tidak manis untuk dipertontonkan kepada khalayak umum. Berita penyebaran foto-foto ini menyebabkan dunia politik negara panas. Dr. Khir Toyo meminta agar YB Elizabeth Wong meletakkan jawatan sebagai ADUN manakala PKR mem-backing Eli dengan alasan beliau merupakan mangsa keadaan dan menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat terhadapnya. Hilmi Malik, bekas teman lelaki Elizabeth Wong yang dikatakan bertanggungjawab diatas penyebaran foto-foto itu diburu pihak polis. Khabarnya melarikan diri ke Indonesia. Foto bogel

3 MAC 2009 – SIDANG DUN PERAK DI BAWAH POKOK

Sidang bawah Pokok

Kemelut politik di Perak berterusan apabila sidang DUN tergempar diadakan di bawah pohon mempelam dan beringin di tepi jalan terletak kira-kira 100m dari bangunan Setia Usaha Kerajaan Negeri (SUK). Persidangan pada pukul 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak. Persidangan itu meluluskan tiga usul antaranya menyatakan sokongan kepada ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar serta membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah setelah tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Peristiwa ini amat memalukan dan menjadi sejarah didalam sistem perlembagaan negara. Pakatan Rakyat menamakan pokok ini sebagai Pokok Demokrasi.

6 MAC 2009 – ZUBIR ALI MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Zubir Ali

Allahyarham Zubir Ali merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya, komposer, penyanyi serta pejuang lagu-lagu puisi tersohor di negara kita. Beliau yang berkelulusan Sarjana Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) pernah menjadi Penolong Pengarah Pusat Kebudayaan di universiti itu dan pernah juga menjadi pensyarah Jabatan Penulisan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Asrawa). Beliau merupakan anggota asal Kumpulan Harmoni yang ditubuhkan pada tahun 1973.

Satu kehilangan besar buat negara dalam dunia kesenian Islam. – Dinsmann

Zubir meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan pintasan jantung akibat penyakit jantung yang dihidapinya sejak tahun 2003. Antara killer song Zubir Ali ialah Penantian, Doa, Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang dan Balada Gadis Kecil

BALADA GADIS KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

12 MAC 2009 – 20A NIK NUR MADIHAH

Madiha & Dad

Nik Nur Madiha menjadi pelajar terbaik SPM 2008 mencipta sejarah negara apabila memperoleh keputusan SPM 2008 itu dengan warna-warna yang berterbangan. Nik Nur Madiha yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan memperoleh 19A1 dan 1A2. Bapa Nik Nur Madiha ialah Encik Nik Mohd Kamal Husin bekerja sebagai nelayan dan ibunya ialah makcik Mariani Bt Omar berkerja sebagai janitor di Universiti Malaysia Kelantan. Kejayaan Nik Nur Madiha ini amat menggemparkan negara kerana ramai yang kehairanan dan kebingungan memikirkan bagaimana anak seorang nelayan dan pencuci lantai boleh mencapai kejayaan yang luar biasa itu. Lantas wartawan, stesen TV, media massa, jiran tetangga bergegas untuk mencari, memeriksa, cuba menyelinap dan mengendap tempat rahsia Madiha ini membaca buku-bukunya. Rahsia Madiha akhirnya terbongkar!

Disinilah tempat rahsia itu...- Pengakuan Nur Madiha

Disinilah tempat rahsia itu...

Ada juga wartawan yang menemuramah beliau untuk mendapatkan petua-petua kejayaan dan sumber inspirasi daripada kejayaan Nik Nur Madihah ini.

[Wartawan]: Bagaimanakah rutin harian saudari ketika hari persekolahan?

[Madihah]: Rutin harian saya macam pelajar biasa juga. Pergi dan balik sekolah. Kemudian menunaikan kewajipan sebagai pelajar Islam dan sebagai seorang anak, sama seperti pelajar-pelajar biasa.

[Wartawan]: Kebiasaannya, hari-hari saudari bermula pada pukul berapa?

[Madihah]: Saya tidak mempunyai waktu bangun tidur yang tetap. Jika saya tidur awal, saya akan bangun pada pukul 4 atau 5 pagi. Kadang-kadang saya akan belajar sehingga pukul 2 pagi, tidur dan bangun pada subuh keesokan harinya. Klik sini untuk interview penuh ini.

25 MAC 2009 – TRAGEDI SEDUT LEMAK

Maut Sedut Lemak

KUALA LUMPUR – Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam. Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.

Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.

Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.
“Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.
“Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,” katanya. Sumber Kosmo!

26 MAC 2009 – PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Perhimpunan Agung Umno 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2009 merupakan perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-59. Memandangkan pihak kami tidak begitu mengikuti sepenuhnya perjalanan perhimpunan ini melalui kaca televisyen apatah lagi duduk bersama-sama perwakilan di dalam dewan PWTC itu maka tidakla dapat kami berikan anda penerangan secara detail program Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini melainkan beberapa tajuk penting sahaja.

Pertama perhimpunan kali ini penting kerana ianya membincangkan survival ataupun halatuju UMNO untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu dan Transformasi UMNO setelah UMNO terkena tsunami politik pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.

Kedua perhimpunan tersebut akan menumpukan kepada soal pemilihan pucuk kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO dan tiga sayap di bawahnya iaitu sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai perhimpunan buat kali terakhir kerana tidak bertanding jawatan tersebut kerana bersara. Berlaku juga kejutan apabila beberapa ahli politik terkemuka tidak dapat bertanding kerana didapati bersalah kerana telah melanggar tataetika parti. Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah hilang kelayakan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tidak digantung. Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO berkaitan dengan politik wang. Khairy Jamaluddin pula hanya diberi amaran walaupun didapati bersalah dalam tataetika UMNO.

MAJLIS TERTINGGI (MT) UMNO SESI 2008-2011

Presiden
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin – 1,575 undi

Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1,445 undi

Majlis Tertinggi

1. Datuk Mustapa Mohamed (2,259 votes)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd Zin Mohamed ( 1,854)
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Dr Mohd Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahadzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Mokhtar Radin (1,517)
21. Datuk Dr Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

Kepada yang ingin menghadiri interview untuk jawatan-jawatan SPA disarankan supaya hafal senarai Ahli MT UMNO 2009 yang kami sertakan ini. Tunjukkan bakat anda itu dihadapan peng-interview dan kami percaya jawatan yang anda pohon itu akan menjadi milik anda.

28 MAC 2009 – EARTH HOUR 2009

Twin Tower During Earth Hour 2009

Earth Hour ialah upacara simbolik dimana umat manusia seluruh didunia diseru untuk mematikan suis lampu mereka tak kirala suis lampu rumah, lampu kereta, lampu reban ayam atau apa jua jenis lampu yang menggunakan kuasa elektrik selama 1 jam mengikut waktu tempatan. Di Malaysia waktunya ialah pukul 8:30pm hingga 9:30pm. Tujuan utamanya adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kemelut perubahan iklim yang planet Bumi alami kini. Namun apakah signifikan mematikan lampu dengan pemanasan global yang sedang bumi kita hadapi kini? Silala Google atau Wiki sendiri.

Earth Hour bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia. Setelah mendapat sambutan yang hebat dari segenap pelusuk dunia WWF membuat keputusan muktamad menjadikan Earth Hour sebagai acara tahunan di peringkat global dan memilih hari Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun sebagai hari Earth Hour. Maka pada tahun 2010 hari Earth Hour ialah pada 27 Mac 2010. Tahun 2011 pula pada 26 Mac 2011. Manakala tahun 2012 pula pada 31 Mac 2012. (Ko jangan percaya 2010 dunia kiamat pulak!)

Ruangan The Big Picture Boston.com ada menyiarkan rangkaian gambar sebelum dan selepas Earth Hour 2009 beberapa bandar terkemuka dunia. Klik pada gambar dan ia akan melakukan transisi menakjubkan untuk anda. Klik sini.

4 APRIL 2009 – DR. MAHATHIR KEMBALI SERTAI UMNO

Tun Mahathir Sertai Semula UMNO

Pada 15 Mei 2008 Tun Dr. Mahathir berpatah arang berkerat rotan dengan Pak Lah lalu mengisytiharkan keluar dari UMNO. Hari ini beliau, isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak Datuk Mokhzani menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai semula UMNO. Bekas presiden itu sebelum ini sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan secara terbuka menyalahkan Pak Lah dengan kekalahan BN di tiga negeri semasa Piliharaya yang lalu. Setelah MT UMNO dipimpin oleh Najib, Tun Mahathir menyatakan kesedian untuk menyertai semula UMNO dan berjanji membantu BN pada pilihanraya kecil di Bukit Gantang.

7 APRIL 2009 – PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN MERUSUH

Penyokong Kelantan MerusuhPenyokong Kelantan merusuh masuk ke dalam padang, pemain Kelantan menyerang pemain Negeri Sembilan, kenderaan polis dibakar, dirosakkan, kereta awam dijahanamkan malahan kereta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa sendiri turuk diporak peranda dan diperkotak-katikkan. Turut menjadi mangsa juga ialah harta benda awam yang hangus dibakar dan pecah berantakan akibat keganasan penyokong Kelantan itu. Oh sungguh kejam sekali mereka. Begitula kesengalan penyokong dan pemain Kelantan setelah pasukan mereka kalah 0-1 kepada pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohammed ke-IV. Kejadian ini membuatkan imej bola sepak negara tercemar dan menanggung malu yang teramat sangat kepada FIFA walaupun liga tempatan kita tidakla sehebat mana.

9 APRIL 2009 – PEMBUNUH ALTANTUYA KE TALI GANTUNG

Azilah Dan Sirul Dihukum Mati

SHAH ALAM 9 April – Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Setelah dibicarakan selama 160 hari, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin pada pukul 9.35 pagi memutuskan bahawa Azilah dan Sirul bersalah sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh Altantuya. Sumber Utusan Melayu. Klik untuk berita penuh.

15 APRIL 2009 – PROTON EXORA DILANCARKAN

Proton ExoraMPV pertama kebanggaan negara dilancarkan pada hari ini oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Mula-mula akhbar melaporkan nama Exora diambil sempena nama sejenis bunga iaitu Ixora (Bunga Jenjarum).

“Exora is a flower that blooms in a bunch. That evokes the spirit of the MPV, which is togetherness. It demonstrates the MPV as a family vehicle and that is why we decided to pick the name,” explained Syed Zainal.

namun kemudian disangkal oleh Proton sendiri. Mungkin bimbang dengan stigma penamaan kereta nasional yang selalu mengambil nama-nama haiwan yang manja seperti Kelisa, Kancil ataupun Rusa. Proton Exora menggunakan enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menjana 125 kuasa kuda dengan kuasa terjahan 150Nm serta diperkasa oleh transmisi automatik Mitsubishi empat kelajuan atau manual lima kelajuan. MPV itu ditawarkan dalam pilihan enam warna dan dua varian iaitu bagi Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic harganya RM75,998 manakala bagi Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic RM69,998.

Setiap kali pelancaran kereta nasional yang baru, kebanyakan masyarakat Malaysia bersikap skeptikal dan ego dan merendah-rendahkan kebolehan anak-anak tempatan. Bacalah di forum-forum atau sembangla di kedai mamak dengan rakan-rakan anda nescaya mereka jua akan mempersenda kehebatan kereta keluaran negara kita. Ini artikel kami temui di internet. Mesti baca!

15 APRIL 2009 – K. RAJAGOBAL KEMUDI SKUAD KEBANGSAAN

20 aprilRajagobal pilihan terbaik FAMTiga calon yang disebut-sebut sebelum itu bagi mengisi jawatan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan ini ialah bekas jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah, K. Devan, dan Dollah Salleh. Jawatan ini kosong setelah B. Sathianathan dilucutkan jawatan pada 1 Februari 2009 dengan pencapaian terbaik skuad kebangsaan kendaliannya waktu itu ialah menjuarai Pesta  Bola Merdeka 2007.

Perlantikan K. Rajagobal menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana ramai beranggapan jurulatih tempatan tidak mampu untuk mengembalikan martabat skuad bolasepak negara walaupun sebelum ini jurulatih luar negara yang diambil pun struggle untuk membimbing skuad kebangsaan. Namun setelah Rajagobal berjaya membawa Malaysia menjuarai Sukan Sea 2009 di Laos menewasan Vietnam, Thailand, Laos (penantian 20 tahun) dan terbaru Syria barula peminat tabik kepada Rajagobal.

Rajagobal merupakan pemegang lesen A Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pernah membimbing pasukan Selangor pada tahun 2000 (memenangi Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan suku akhir Piala FA), Kelantan pada musim 2001/2002 (separuh akhir Piala Malaysia) sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan pada 2003.

27 APRIL 2009 – MANOHARA ODELIA VS TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

Kisah Manohara mula-mula timbul melalui satu laman blog anti-kerajaan The Might of Pen (malangnya blog tersebut telah tutup) menyiarkan berita Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhamad Fakhry menculik dan mendera isterinya Manohara. Kisah Manohara ini menjadi sesuatu yang sensasi bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Indonesia dan menambahkan lagi kebencian orang-orang Indonesia terhadap orang Malaysia. Manohara yang berjaya melarikan diri ke Indonesia mengaku telah didera dan menceritakan kisah hidupnya di beberapa wawancara di TV Indonesia. Tengku Temenggong menafikan dakwaan tersebut dan membawa kes ini ke mahkamah menuntuk Manohara kembali taat dan membayar hutang bernilai lebih 1 juta.

Akhirnya pada 5 November 2009 Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina setelah Mahkamah Tinggi KL membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap defendan yang gagal melantik peguam baru.

8 MEI 2009 – MAS SELAMAT DIBERKAS DI SKUDAI, JOHOR

8 may MasSelamat di tahan di skudaiSiapakah Mas Selamat ini?

Mas Selamat bin Kastari (born 23 January 1961), an Indonesian-born Singaporean, was for more than a year Singapore’s most-wanted fugitive after escaping from detention on 27 February 2008. The search for him has been described as the largest manhunt ever launched in Singapore. He was eventually recaptured in Johor Bahru, Malaysia on April 1, 2009, over a year after his escape.

In January 2006, Mas Selamat was arrested by Indonesian anti-terror squads in Java and deported to Singapore. He was suspected of plotting to bomb Singapore Changi Airport in 2002, and, according to the Singapore Police Force, he had initially planned to do so by crashing a plane into the airport.  However, Mas Selamat has never been formally charged with any terrorism-related offences; instead, he was detained under the country’s Internal Security Act, which allows indefinite detention without trial. Full article here.

15 MEI 2009 – INFLUENZA A(H1N1): KES POSITIF PERTAMA MALAYSIA

15 may h1n1 pertama dikesanKENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009.

Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun, yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada jam 6.45 petang.

Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil. Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang yang sama.

Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03- 88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Makluman lanjut boleh  didapati di sini

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail: ismailmerican@moh.gov.my

15 MEI 2009 – KORBAN PERTAMA INFLUENZA A(H1N1)

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tahun pertama Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam dekat sini menjadi korban pertama penyakit berkaitan selesema babi (H1N1) di negara ini. Hasil ujian virologi dan bakteriologi terhadap rakyat Indonesia yang berumur 30 tahun itu mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif virus H1N1. Dia meninggal dunia kelmarin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mahu orang ramai panik dengan perkembangan itu berkata, keputusan bedah siasat belum diketahui untuk pengesahan punca kematian. Sumber Kosmo!

Origin of the Swine Flu Virus

WHO Pandemic (H1N1) 2009

Influenza A virus subtype H1N1

Dunia kini sedang menanti gelombang kedua H1N1.

22 MEI 2009 – MAHKAMAH ISYTIHAR DR. ZAMBRY MB PERAK

28 MEI 2009 – JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ RUNTUH, 7 MATI

28 may jaya supemarket runtuh 7 matiJaya Supermarket atau Jaya Shopping Centre terletak di Seksyen 14 bersebelahan dengan McD dan Digitall Mall Petaling Jaya. Bangunan ini dibina pada tahun 1974 dan menjadi tempat lepak mat-mat skuter dan menjadi pusat gedung membeli-belah para suri rumah di sekitar Petaling Jaya pada zaman kegemilangannya. Namun ketika usianya sudah tua dan tidak popular lagi dan demi menuntut perubahan zaman, bangunan ini bakal dirobohkan untuk redevelopment. Namun ketika persedian merobohkan dilakukan di salah satu blok bangunan, ia runtuh dan mengorbankan 7 nyawa pekerja Indonesia.  Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang ketika terdapat antara 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan kerja-kerja persediaan itu.

Kejadian malang ini menimbulkan kontroversi apabila didapati kerja-kerja merobohkan bangunan ini tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Section 4.0 of the Guidelines For Public Safety And Health At Construction Sites (1st Revision: 2007), prepared by the Technical Committee of DOSH states that subject to Section 35 under Factories And Machinery Act 1967, every person who undertakes any building operations or works of engineering construction shall notify to Department of Occupational Safety and Health not later than seven days from the commencement of construction activities. The notification is exempted to the construction activities that can be completed in a period less than six (6) weeks and does not involve the use of machinery. There is no mention of approval from the Department of Occupational Safety and Health as a pre-requisite to commencement of building operations or works of engineering construction.

In the case of Jaya, the contractor notified the Department of Occupational Safety and Health, as required, of the proposed works, via the following documents:-

  • DOSH Registration JKJ 103;
  • Safety and Health Manual
  • Emergency Response Plan
  • Demolition Method Statement
  • Risk Assessment Summary
  • Demolition Program

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Jaya_Supermarket

2 JUN 2009 – BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN  RUNTUH

2 jun stadium runtuhBanyaknya TER …

Uniknya, ada beberapa “TER …” yang dimiliki stadium itu. Antaranya penggunaan spesifikasi TERmoden, TERkini dan berteknologi tinggi dalam pembinaanya. Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai ‘cow grass‘. Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meterJepun bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Hebat! Hebat! Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Ketiga, sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat. Keempat, lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM. Sumber : Harakahdaily.net. Klik sini untuk artikel penuh.

Comments are closed.